RESEPI THAI TOM YUM

Assalamualaikum...


Kalau ikutkan hati yang malas dan badan yang penat, memang malas betul nak memasak setiap kali balik kerja. Tapi kadang fikir, kalau tak memasak, tak berbaloi Encik Rizar tu beli beras, gula, garam, lada, bawang semua kan. Itu belum lagi ayam, daging, seafood semua. Karang kejung jer dalam peti ais. Sebab tulah, gagahkan diri jugak masak walaupun dalam kepala ni rasa nak mengadap tv aje.

Tom Yum, sejenis masakan yang menjadi kegemaran keluarga SK tapi Sk jarang-jarang nak masak.
Sebab tom yum Sk, jarang menjadi. Macam ada yang kurang gitu. Tak cukup umphlah! Rasanya masak asam pedas lagi senang, hehehe.

Baru-baru ni, masa sambutan hari ibu di Double Tree By Hilton tu, kami team JDT Blogger ada buat pertukaran hadiah melalui undian. Undi punya undi punya undi, dan adalah ceritanya pulak, Sk rasa bertuah menerima cenderahati di atas dari Blogger Sis Lin. Iman kata, dahlah bonda suka barang kayu, dapat lesung kayu pulak, mesti bonda suka. Ye... Iman memang sangat memahami jiwa maknya ni, hehehehe.

Selain lesung kayu tu, ada juga pes Thai Tom Yum dari Lin. Hurmmm... nak suruh kita masak lettewww. Nasib baik rumah Lin jauh, kalau tak kenalah hantar semangkuk.

Disebabkan bulan puasa, Sk memang tak berapa confident nak letak garam, gulanya.
Tapi, Sk pasrah ajelah.. masa makan tu memang rasa tomyum la kan.. rasa hebat dah ni, pandai dah masak tomyum, haha..  tapi taklah rasa kaw kaw sangat macam kat Carabao tu. Tapi, bila Sk perangat masa sahur pagi tadi, fullamak!
Betul-betul rasa macam Tomyum kat kedai. Tomyum yang sedap tau (ada jugak kedai tomyum tak sedap tomyumnyakan)
Iman pun terkejut, patutlah nampak ER makan sahur penuh berselera, hahaha.


Resepi Thai Tom Yum

Dalam periuk yang tinggi, didihkan

1/2 periuk air
1" lengkuas
1/2" halia
1 batang serai diketuk
2 pokok ketumbar (tangkai dan akar sahaja)
3 ulas bawang putih diketuk
5 - 6 helai daun limau purut

Rebus semua bahan di atas dan renihkan.

Kemudian masukkan :
2 sb Tomyum paste
Gaul sebati dan larut.

Masukkan ayam yang telah dipotong.. masak 15 minit
Masukkan sayur-sayuran seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, bawang holland dipotong baji dan cili padi, masak 5 minit.
Masukkan satu senduk jus limau nipis
1/2 sk garam
1 sk gula pasir

Kalau tak puasa, bolehlah rasa apa yang kurang.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar semasa menghidang, barulah Tomyum!


Jika gunakan seafood, rebus sekejap berasingan sebelum dimasukkan ke dalam periuk tomyum.

Kalau anda berminat dengan pes tomyum ni, bolehlah terjah blog Sis Lin!



2 comments:

  1. Hahaha nasib baik rumah jauh, kalau dekat memang kena hantar tuu..
    Kita siap simpan stok raya, kalau tamu datang, kita masak meehoon atau kue tiaw tomyam kak..sonang hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnye.
    Sampai keluar screen aromanya

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih