AMERICAN GRILLED CHICKEN CHOP

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...


DINNER beberapa hari yang lepas. 
Seronok tengok semua makan dengan penuh berselera. Rasanya ini antara Chicken Chop yang tersedap pernah dinikmati di rumah sendiri.  Apa tidaknya,  macam-macam side dish ada..  Macam tak percaya kita mampu serajin itu,  keh keh keh. 


Sk turut menyediakan sendiri Mashed Potato sebagai salah satu dari side dish.  Sebenarnya dah beberapa kali Encik Rizar suruh buat kentang putar ni setiap kali masak western tapi selalu Sk buat derk aje,  hahaha.  Macam-macam alasan diberi kali ni terasa nak patuh pulak menengokkan kentang tu kesian tak dipeduli. Untuk resepi mashed potato akan Sk kongsikan kemudian.
  

Inilah bahan perapan ayam untuk menyediakan chicken chop ni. Tak perlu sukat-sukat pun cuma renjis-renjis bahan secukupnya ke keseluruham ayam.  


Rempah-rempah untuk perapan masakan BBQ atau steak yang diimport dari America. 
Hohoho..  Pandai-pandai jer... Hahaha. 
Anda boleh dapatkan rempah ni dari pasaraya yang berhampiran.  Ada yang dijual single rasanya kalau tak jumpa dalam bekas macam dalam gambar. 


Sejak kahwin dengan Mat Saleh (mata ke atas)  Sk memang kena sentiasa pastikan herba dan  rempah begini sentiasa ada dalam kabinet.  Senang kalau nak masak pasta atau grilled. 


Senang jer nak perap,  cuma salutkan keseluruhan ayam dengan rempah america tadi.  Percik-percik aje rempah tu sampai rata lepas tu gaul dan perapkan hingga sebati dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. Selepas tu bolehlah kita mula memanggang dengan api yang sederhana kecil.  Sentiasa balik-balikkan ayam semasa memanggang supaya tiada bahagian yang hangus.  Sambil-sambil menunggu tu bolehlah sediakan side dish yang lain dan aturkan ke dalam pinggan. 

Mashed Potato tu boleh siapkan sebelum kita mula memanggang ayam,  tu nanti Sk kongsi ya.



Untuk sosnya Sk buatkan sos blackpepper. 
Lepas ayam dah masak,  angkat ayam dan letakkan ke dalam pinggan. Kemudian,  dalam kuali yang sama memanggang ayam, jangan dibasuh sisa perapan tu,  tambahkan setengah cawan susu,  tak kisahlah susu segar ke atau full cream milk atau low fat,  belasah jer asal jangan letak susu pekat sudah,  haha. 
Dan letakkan juga dua sudu sos lada hitam.
Kacau hingga rata dan pekat serta sebati lepas tu tuang atas ayam dipanggang tadi.  Tak perlu tambah garam lagi ya dalam masakan kerana bagi Sk semuanya sudah cukup rasa. 

Selamat Berwestern. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pun dah ada separuh rempah ratus tu dalam botol tu Kak, Tesco Sri Alam sini banyakk jeniss ada..heheheh nak beli rak dia je nak susun..

    One day nak buat gak cmni, tunggu rajin sampai..hehehehe

    ReplyDelete
  2. waaa...menarik ni...selalu gak nampak rempah america tu kat giant..boleh la beli 1 nanti..

    ReplyDelete
  3. hahahahahahhahahahhahaa... baca entri nii ain gelak2... mula mula renjiss renjisss , pastuu percik percikk kann.hahahhaa pastuu kawen dengan lelaki mat saleh mata ke atas.hahahhaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!