RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE

Assalamualaikum... 


MEMANG dah lama sangat Encik Rizar minta Sk buatkan mashed potato ni sendiri tapi kita ni punya malas ya ampun.  Biasa Sk jawab,  kupas kentang tu dulu..  Tapi nanti dia pun malas.  Tu yang tak terbuat-buat tu,  hahaha. 

Resepi ni Iman yang carikan dalam ig siapa tah dia sebut hari tu.  Menurut Iman,  resepi dalam ig tu boleh dipercayai,  memang betullah sedap cuma kena cari resepi yang lebih umph untuk sos mashed potato tu. Apapun,  terima kasih kepada tuan resepi yang asal ya,  semoga dilimpahkan rezeki tuan puan,  amiiinnn. 

Resepi Kentang Putar Homemade

Kentang Putar
1/2 kg ubi kentang 
1/2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Sedikit garam

Cara :
1. Kupas kulit kentang dan rebus kentang sehingga empuk
2. Lecekkan hingga hancur
3. Tuangkan susu segar,  kacau rata. 
4. Masukkan mentega dan garam,   kacau sebati. Ketepikan. 

Sos Kentang Putar
1 1/2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar potong dadu
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos lada hitam

Cara :
1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang.
2. Masukkan tepung gandum, kacau sebati.
3. Masukkan air sedikit sedikit sambal dikacau.
4. Masukkan kiub pati ayam dan sos lada hitam.
5. Kacau sebati, tutup api.
6. Biarkan suam sebentar, kemudian kisar hingga halus dan bolehlah dicurahkan ke atas kentang putar tadi.



3 comments:

  1. salam singgah. takda lah susah mana pun nak buat kentang putar ni. hehe. nak ngan tak nak ja :D

    ReplyDelete
  2. Ya ampunnn, sedapnyaaa...
    Nanti nak cubalah, tapi sapalah nak makan, nak kena ajak Uyullah tido uma pastu masakk hehehehe

    ReplyDelete
  3. ya allah , iman lepasss niii mohonn buat program makan2 untuk remaja pulak yerr.hahahhhaa...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih