CENDAWAN GORENG HOT & SPICY

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

PETANG semalam kawan sepejabat mengedarkan cendawan tiram untuk sesiapa yang mahu.  Mulanya Sk ingatkan untuk dijual rupanya cendawan ini diberi percuma oleh Agensi Dadah Kebangsaan.  Kiranya projek menanam cendawan ini merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelatih. Semoga mereka semua dilimpahkan lagi rezeki dan cepat sembuh. 

Dari awal dalam kepala memang dah terbayang nak buat goreng tepung.  Tepung bestari pun masih ada tu,  beli sebungkus besar lambat benar habisnya,  hehehe.  Rajin masaklah katakan....


Pastikan cendawan dalam keadaan kering sebelum digoreng.  Sk lap dengan tisu dapur dulu kemudian celupkan dalam telur yang dipukul.  Lepas tu salutkan dengan tepung goreng bestari dan terus masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan. 




Jangan goreng banyak-banyak dalam kuali atau menghempap satu sama lain. Nanti cendawan kita tak rangup dan lembik. Toskan di atas penapis atau tisu dapur dan jangan juga ditimpa-timpa. InsyaAllah hasilnya pasti rangup dan sedap. 

Wassalam. 

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhh.. best ni.. dah lama tak makan cendawan goreng.. nak beli cendawan jugak la nanti..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap tepung bestari tu kan kaknoor pun macam macam goreng dgn bestari tu rangupp best

    ReplyDelete
  3. Semestinya dengan tepung bestari baru menjadi..dah cuba juga dulu dengan tepung lain, hancuss tak menjadi, tepoungnya leraiii...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa..thanks kak, share tips goreng cendawan ni..

    ReplyDelete
  5. perghh cicah dengan sambal kicap ni bolehh pengsannn ... hahahahahh dasar org johor semua nak di sambal kicap kan . kah! 🤣

    ReplyDelete
  6. sedap nya..lagi2 cendawan segar2 dan besar..sedap dimakan di waktu petang dihidangkan dgn kopi o panas..mmemang kaw..😊😋😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!