LONTONG

Assalamualaikum...

DUA hari berturut-turut makan Lontong Kering atau ada juga yang panggil Lontong Darat.  Ramai juga yang masih tak tahu apa bezanya Lontong Kering dengan Lontong Berkuah tu. Dan ramai lagi yang tak tahu apa definasi lontong.

Sk ni bukanlah pandai sangat tapi sebab memang dari kecil lontong ni dah menjadi makanan tradisi keluarga Sk jadi fahamlah sikit-sikit lontong tu apa.


Lontong tu adalah satu set lengkap hidangan yang terdiri daripada Nasi Impit atau Ketupat Nasi,  Kuah Lodeh dan Sambal.  Maknanya kalau ketupat nasi atau nasi impit tu duduk sorang-sorang dalam mangkuk adalah salah kita panggil lontong sampailah kita masukkan kuah lodeh dan sambal. 

Kuah Lodeh pula adalah campuran sayur-sayuran seperti kubis,  kacang panjang,  tempe,  tauhu dan sengkuang yang dimasak lemak.  Bagi kuah lodeh ada yang masak bertumis dan ada yang tidak.

Di Singapura atau Johor,  Lontong akan dihidangkan bersama Sambal Cengeng atau Sambal Kacang.  Sambal Kacang untuk lontong ni biasanya dibuat pedas bagi membangkitkan rasa lontong. Ketika hari raya,  serunding kelapa turut disediakan bagi melengkapkan hidangan lontong.

Lontong Kering pula adalah lontong yang tidak dimasukkan kuah lodeh.  Sayuran digantikan dengan Sayur Sambal Goreng. Lontong Kering juga lebih meriah dengan pelbagai lauk-pauk seperti rendang daging atau ayam,  hati lembu dan paru.

Jadi,  yang mana pilihan anda?


Sk... Lontong Kering..  Nyum nyum

Jemput makan

P/S Kuah lodeh juga dipanggil dengan nama Sayur Lodeh atau Masak Lodeh






4 comments:

  1. Perghhh dulu coach kita, kalau tau je kita makan lontong, dia suruh lari 10x round kak ...patah kak di buatnya hahahahaha...
    Skrg dh xde coach, boleh makan sesuka hati ku hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tks infonya..Kna try buat yg darat plk..yg bkuah dh biasa masak..tpi lontong kering dgn paru tu mengoda yg amat

    ReplyDelete
  3. haaaa ni hantuu lontongg sudah mariiii... semua jenis lontong ain suka... OMG!!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih