ROLL BREAD BUTTER PUDDING WITH STRAWBERRY JAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

Hi...



AKIBAT DIHASUT RAJIN malam tadi, maka terjadilah Roll Bread Butter Pudding With Strawberry Jam. Haaa.. Omputeh terus, hehehe.

Hipster tak Puding Roti Sk? 
Yang Nampak jalur-jalur merah tu la jem strawberry yang Sk sapu di setiap lapisan roti bersama mentega. 


Sebagai pelengkap, buat sos kastard untuk dinikmati bersama pudding roti.
Santap pulak pukul 11 malam.
Ammaaaaaaaaaaa!!



Resepinya..

9 keping roti putih, sapu mentega dan jem strawberry, potong dua
Kemudian gulungkan roti secara memanjang dan sambungkan gulungan dengan setiap kepingan roti yang lain. Masukkan ke dalam Loyang 6" yang telah digris mentega terlebih dahulu.

Dalam mangkuk pecahkan dua biji telur, masukkan satu sudu besar gula dan 1/3 tin susu cair serta sedikit esen vanilla. Pukul rata guna garfu dan tuangkan ke dalam Loyang tadi. Biarkan susu serap pada roti sekejap.
Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama sejam atau sehingga perang.

Tunggu suam baru keluarkan dari Loyang.

Sos Kastard

3/4 tin susu cair
2/3 cawan air
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Kacau semua bahan sehingga tepung larut.
Panaskan dengan api perlahan, sambil memukul guna wire whisk sehingga kental dan mendidih.
Tutup api, hidangkan Bersama pudding roti.

wallaaaaaaaaaaa!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghhhhh hipsterrrr! halu pulis, puding roti dia menganciammmm

    ReplyDelete
  2. Hipster sangat kannn, kalau dapat makan, lagi sister suka hahahaha..
    Sedapnyaa..nak buat tapi tak kena hasut plak hahahaha

    ReplyDelete
  3. uih...disebabkan hispter ni lah menjejes air lior kita...kah²..nampak sedap uitt

    ReplyDelete
  4. adoiiiiiiiiiiiiii gambar last tu. air liur kita pun ikut meleleh jua. hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. ni boleh masuk minit mesyuarat menu cadangan hitea jdt blogger yer...tiberrr...hahahhaaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!