CRAB MAYO SANDWICH

Assalamualaikum...


MENU sarapan pagi semalam. 
Di rumah Sk ni memang jarang sangat nak sediakan sarapan berat.  Biasanya cukup sekadar roti kahwin dengan telur separuh masak. Tapi semalam macam terajinlah pulak nak buat croissant sandwich ni. 
Ini dapat idea masa jalan-jalan kat AEON Bukit Indah tu la..  Yang Sk cerita semalam tu. 

Stok isi ketam ni pulak memang banyak kat rumah.  Sk pun tak tahu motif Encik Rizar beli ni banyak-banyak sampai jadi kayu dalam peti ais tu. Jadi semalam kita merajinkan diri buat inti crab mayo untuk disumbat dalam croissant. 

Isi ketam tu rebus sekejap aje ya dan pastikan anda rebus bersama sarung plastiknya sekali.  Kemudian,  baru keluarkan dari sarungnya dan potong ikut citarasa.  Sk tak suka potong kecik sangat cukup sekadar potong empat macam tu.  Kalau dicincang macam tak best pulak.  Lepas tu letaklah mayonis dan serbuk lada hitam. Jangan lupa bawang besar yang didadu halus dan hirisan cili padi jika suka pedas. Haaa..  Sumbatlah dalam croissant  tu,  dah siap,  apa lagi,  kita ngap laaa! 

2 comments:

  1. pertama kali makan sandwich guna croissant adalah kat rumah pakcik mat gebu..kreatif betul uols ni..

    ReplyDelete
  2. Fuyooo bekpes omputih ni, kenyang sampai tengah hari separuh...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih