KEMPEN 'WISH UPON A STAR' DI HILTON MALAYSIA

Kerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia bagi kempen “When You Wish Upon A Star” demi menunaikan impian kanak-kanak

Kuala Lumpur, 27 November 2018 – Di seluruh dunia, hari Krismas diraikan dengan kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan dalam suasana yang penuh rasa kasih sayang, kebahagiaan dan kedamaian. Sempena musim yang baik ini, Hilton Hotels di Malaysia ingin mengembalikan erti sebenar sambutan Krismas dengan menunaikan impian seorang kanak-kanak melalui Make-A-Wish Malaysia dan kempen “When You Wish Upon A Star”.

Bermula dari 1hb Disember sehingga ke hari Krismas pada 25hb Disember 2018, kempen mengumpul derma ini akan dijalankan untuk mengumpul dana bagi menunaikan impian seorang kanak-kanak. Dua jenama Hilton di Malaysia iaitu Hilton Hotels & Resorts dan DoubleTree by Hilton Hotel & Resorts, masing-masing akan mengambil seorang anak angkat dan mengikuti perjalanan mereka dari mula sehingga tamat, dalam merealisasikan impian mereka menggunakan kutipan yang diperolehi sepanjang bulan Disember.

Orang ramai dijemput menyertai kempen “When You Wish Upon A Star” dengan membeli barangan berkaitan Krismas yang ditandakan dengan pelekat bintang biru seperti kek Yule Log Krismas, biskut Santa, dan juga bufet makan tengah hari dan makan malam yang disajikan khas oleh pakar-pakar masak dari Hilton di Malaysia. Setiap pembelian barangan berkaitan Krismas akan melihat RM2 disalurkan kepada yayasan tersebut untuk membantu memeriahkan sambutan Krismas bagi seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit yang membawa maut.

Jamie Mead, Pengurus Besar Wilayah di Malaysia berkata, “Di Hilton, kami memanfaatkan kepakaran hospitaliti kami untuk memberi impak yang positif kepada komuniti. Erti sebenar musim memberi ini bukan sekadar membantu keluarga dan rakan-rakan terdekat, tetapi ia turut merangkumi mereka yang memerlukan. Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia bagi mengubah kehidupan seorang kanak-kanak.”

Selaras dengan visi Hilton dalam menyediakan layanan terbaik di seluruh dunia, Mead turut menyampaikan hasrat Hilton untuk memberi kejutan dan menggembirakan kanak-kanak ini dengan menunaikan impian mereka sempena sambutan Krismas. Kami ingin melihat mereka tersenyum dan melupakan derita sakit mereka, meskipun buat sehari sahaja kerana inilah yang akan membuatkan usaha kami lebih bermakna. 

Irene Tan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Make-A-Wish Malaysia berkata, “Make-A-Wish Malaysia ingin membantu setiap kanak-kanak dan keluarga mereka meringankan cabaran harian yang dihadapi. Dengan menunaikan impian mereka, sekurang-kurangnya kami dapat membawakan harapan, kekuatan dan kegembiraan kepada mereka. Bekerjasama dengan jenama bereputasi tinggi seperti Hilton untuk membantu kanak-kanak ini adalah amat bermakna kerana Hilton benar-benar membawakan kelainan dalam penyampaian hospitaliti, selangkah demi selangkah.”

Menurut Tan lagi, program ini menyediakan peluang unik untuk memberi impak yang serta-merta, terus dan bermakna dalam kehidupan anak angkat tersebut. Bantuan kewangan yang diperolehi daripada jualan barangan berkaitan Krismas akan membekalkan yayasan dengan dana yang mencukupi untuk menunaikan impian setiap kanak-kanak yang layak. 

Sertai kami untuk merealisasikan impian kanak-kanak ini dengan membeli barangan Krismas di hotel-hotel yang mengambil bahagian iaitu Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Hilton Kota Kinabalu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Melaka, dan DoubleTree Resort by Hilton Penang.

Untuk maklumat lanjut tentang Make-A-Wish Malaysia, layari makeawish.org.my.

1 comment:

  1. we wish you a merry krismas,,, and happy new year....hahhahaaa...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih