RESEPI SIAKAP STIM LEMON PALING SEDAP DAN SENANG

Assalamualaikum...

LAMA kan tak cerita pasal masak-masak.
Bukannya tak nak cerita tapi tak best nak cerita sebab tak ada gambar,  hehhe.  Alaaa..  Bukannya masak yang luar biasa pun,  masak macam selalu jugaklah,  tak kari.. sambal.  Tak sambal..  kari..  Tu jerlah pusing-pusing. Yang jadi tak ada gambar tu,  pasal lampu kat meja makan tu rosak,  tu yang malas nak ambil gambar dalam cahaya yang samar-samar,  huwa huwa huwa.

Petang semalam,  Encik Rizar kata masak Sambal Tumis Ayam aje untuk makan malam.  Nanti dia singgah kedai beli ayam sebab barang mentah memang dah tak ada,  lama tak ke pasar.  Tup-tup dia sampai rumah jinjit dua plastik.  Tak jadi masak ayam la,  katanya.  Masak siakap stim limau ke,  hong kong ke (sambil tunjuk ikan siakap dalam plastik). Satu plastik lagi,  baby kailan.  Pehhh..  Macam order kat kedai kooo.

Orang kata,  rezeki jangan ditolak.  Teringat memang banyak stok lemon dalam peti sejuk.  Jadi,  marilah kita memasak Siakap Stim Lemon yang sumpah sedap walaupun pakai campak baling aje. Sk yang masak,  kannn..  Mestilahh terbaikkk..  Kahhhhh!


Buka-buka plastik tengok ada dua ekor rupanya siakap.  Tanya la nak masak satu ke dua.  ER kata,  ikut la.. (nak masak satu boleh,  dua2 pun boleh) Sk terus belasah masak dua-dua.  Puas makan siakap semalam,  kalau tak kita dapat kepala aje wakkk..  Hahahha. 


Sendu jer gambar kita kan..  Hehehhee. 

Nah resepi

Siakap Stim Lemon

Siakap dibersihkan dan dilumur garam secukup rasa
Jus dari 5 biji lemon*
1 1/2 tbs gula*
1/2 cup air*
(*kacau hingga larut) 
5 ulas bawang putih dicincang
7 tangkai cili padi dicincang
1/2" halia hiris halus

1. Panaskan air dalam kukusan
2. Dalam pinggan besi,  letakkan siakap,  sumbat badannya dengan halia
3. Taburkan bahan yang dicincang
4. Tuangkan jus lemon yang telah dicampur air dan gula. 
5. Kukuskan 10 - 15 minit
Sedia untuk dihidang

4 comments:

  1. perghhh tak hagak2 mak incheee, dah macam makan kat restoran ni..tergugat chaba thai food nanti..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Gambar sendu tak apa janji sedap rasanya..
    Lama juga tak memasak ni..nak masak takde orang nak makan huhuhu

    ReplyDelete
  3. adui...makan gitu pun sedap dah...ingatkan tapau siakap tu kat luar..dah macam ala restoran lak

    ReplyDelete
  4. Allah..sedapnya...SA suka jer ikan apa pun buat kukus....sekarang memang kena makan kukus2

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih