KAFE KIRI KANAN

Assalamualaikum...


Good Morningggg! 
Selamat Pagi..  Dah sarapan ke? 
Kita ni pagi-pagi jer perut dah berkeriuk-keriuk. 
Berangannya macam nak makan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol yang banyak cili padi,  slurpppp! 
#citacitanakkurustapisukamakan

Camno??? 

Cerita pasal sarapan,  hari ini Sk nak bawa anda ke Kafe Kiri Kanan yang terletak di Jalan Rahmat,  Batu Pahat,  Johor. 
Sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka hari tu (kami ikut jalan kampung),  Sk ternampak kafe ni yang dibuka di sebuah bangunan lama yang dulunya butik. Lepas tu terus aim nak makan kat sini. 
Kahhhhh! 
Ko kalau pasal makan nombor satu kannnn! 


Sekali sekala mengopi kannn.. 
Hantu kopi dah bertaubat tapi tetap buat pe'el setiap kali nampak kedai kopi. 
Kopi kalau minum dalam cawan antik macam ni sedapnya lain macam.
Lemon Ice untuk Pak Inche dan Jus Tembikai untuk Iman. 


Nampak ada roti titab kita cubalah tapi memang tak sama langsung dengan roti titab kopitiam kita.  Ke laut rasanya.  Black list roti titab dia. 
Nasib baik set roti bakar tu sedap dengan kaya homemade. 
Roti di sini semuanya jenis roti sandwich tu yang tak nak jadi cam roti titab gaknya,  huhu. 


Dari ig Iman..  Roti Telur cicah kaya kampung.
Iman kata ni makanan budak-budak, hidang pun dalam piring plastik. 
Haaa..  Sesuailah dengan kamu Iman yang tak mahu jadi budak matang
Muahahaha! 

4 comments:

  1. Ahahhahaha..ayat last bonda buat iman 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Ni makan tak toleh kiri kanan juga ni hahahaha

    ReplyDelete
  3. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih