KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Assalamualaikum...


AMBOI..  bukan main ketam tu posing ya. 
Ni kalau Mak Sk nampak ketam tak bersiang,  mahu setahun membawang,  muahahahha. 
Siang ya ketam ni,  hujung-hujung kaki wajib potong cuma sepit tu jer biar,  nanti nak photoshoot tak lawo pulakkan,  helmet tu pun dah buka, cuci ambil telurnya sebab ini ketam betina.  Siapa suka beli ketam betina boleh geng dengan Sk.  Semangkuk kecik telurnya kita goreng,  nyum nyum. 

Susah nak jumpa ketam besar sekarang,  Sk memang tak minat ketam kecik-kecik ni,  bak kata Iman,  isinya melekat di kulit aje,  rugi.  Alang-alang kalau beza dua tiga ringgit baiklah kita ambil yang besar. Puas makan isinya. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Ketam dibersihkan
Santan (Sk guna santan kotak je) 
Bawang merah
Cili Padi
Halia
Serai
Asam Keping
Garam
Serbuk kunyit

Stail Sk masak senang jer,  penat memandu tak kuasa dah nak menumbuk-numbuk bagai. 
Kisar jer bawang,  halia dan cili padi tu. 
Serai ketuk campak dalam periuk. 
Masukkan ketam, bahan kisar, serbuk kunyit dan santan. 
Asam keping jangan lupa masukkan sekali. 
Cili padi tu kalau nak bibir macam Angelina Jolie bolehlah bubuh banyak-banyak
😆😆😆

Kacau kuah sampai mendidih,  tak payah berejam.  Sekejap jer ketam tu masak. 
Lepas tu biarlah suam dulu..  Karang melecur pulak bibir,  tak jadi Angelina Jolie
😛😛😛


5 comments:

  1. uiii seksii betul ketam tu...dengan ketam2 tu sekali jadi angelina jolie gamaknye..hahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahaha kalau anak kita memang tak reti makan ada helmet dia tu, tapi kalau kita suka, sebab celah-celah dia ada telur kannn...

    ReplyDelete
  3. Seksi plak ketam tu ha..SA pun suka masak ketam masak lemak cili api.tapi kena masak kat rumah Seremban la..kalau masak kat rumah sewa ni kang benda sikit pas tu serba salah plak ajak kawan- kawan makan sekali kan....

    ReplyDelete
  4. eh menyampah la tengok ketam tu posing.siap kau..

    ReplyDelete
  5. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih