SARAPAN NASI GUNTING MELAKA

Assalamualaikum...

MASIH lagi dengan kisah Sehari di Melaka Bandaraya Bersejarah,  hehehe.. Kali ini kami sengaja memilih pakej early bird semasa menempah hotel.  Pakej early bird ni memang tak ada sarapan semata-mata untuk menikmati sarapan stail orang Melaka.  Cadangannya macam-macam..  Nak makan roti canai aranglah..  Satelah... dan macam-macam lagi.  Nasi Gunting antara cadangan utamalah..  Cuma roti canai arang jer tak dapat almaklumlah,  mula nak cari sarapan pun dah pukul sepuluh jadi lu pikirlah sendiri, hahahaha.


Nasi Gunting..  Ada yang tanya kenapa panggil nasi gunting?  Yang sebenarnya bukan nasi yang digunting tapi lauknya.
Gulai daging (kari), isi gulai yang terdiri dari campuran daging dan perut (babat) digunting terus ke dalam pinggan pelanggan sebelum dicurahkan kuah gulai.  Ada sedikit sambal,  ulam timun,  cili hijau dan telur masin. 
Sedap ke sedap? 
Sedaplah bagi Sk,  luar biasa sedap sebab tak ada di Johor. 
😆😆😆


Dapat jugak makan sate daging dan babat. 
Belah Melaka dan Muar memang biasa ada sate waktu sarapan kan. 
Nasi Gunting dan Sate ni lokasinya di Pasar Besar Melaka yang baru iaitu di Bachang,  tak jauh dari lokasi pasar lama. 


Dalam perjalanan balik kami singgah ke Alai menikmati Coconut Shake Alai. 
Maka tamatlah percutian sehari ke Melaka. 

Next?! 

7 comments:

  1. uniknyaaa digunting2 dulu baru dituangkan gulainya..

    ReplyDelete
  2. ku fikirkan nasinya yang digunting.rupanya lauk yang digunting. unik juga ni

    ReplyDelete
  3. Kita tengok baca makan makan, perut kita yang seu tegang Kak hahahaha

    ReplyDelete
  4. at first CT ingat mmg nasi tu yang kena gunting walaupun mcm xdpt bayang mcm mane nk gunting nasi hehe..

    ReplyDelete
  5. cepat2 scroll nak tengoak mana nasi yang digunting hahaha..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih