CENDOL DAN ROJAK LIDO - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CENDOL DAN ROJAK LIDO

Assalamualaikum...

TIDAK dinafikan Pak Inche adalah tulang belakang blog makan Alam Sari di Tanah Jauhar ni. Ya,  sebabnya.. Kalau mengharapkan Sk aje memang anda manjang baca pasal Tanah Jauhar ajelah.  Ole-ole dari Selatan katanya kan.  Tapi,  sebab Pak Inche kita tulaaa yang suka berjalan dan makan-makan,  dapatlah Sk tumpang sekaki. Jadi,  kali ini kita layan pulak Pak Inche nak makan Cendol dan Rojak Lido.  Pelik pulak di Melaka ada Lido sebab bila sebut Lido ni terus teringat Pantai Lido,  Jb yang kini dikenali sebagai Danga Bay.


Haa..  Bila nampak sahaja cendol dan abc dihidangkan dalam peralatan stainless steel macam ni pun terus rasa teruja dan tak sabar merasai keenakannya.  Dan ternyata rasa cendol dan abc ini mengingatkan Sk tentang cendol dan abc yang sering Sk nikmati masa kanak-kanak dulu.  Sambil menghirup cendol sambil mengenang nostalgia la ni,  hahaha. 
Santan cukup lemak dengan rasa gula melaka yang asli serta cendol yang lembut cair di mulut.  Begitu juga abc yang masih lagi terasa keasliannya bukan disalut dengan pewarna semata-mata. 

Oh ya,  Lido tu mungkin sebab dulu ada panggung wayang Lido berhampiran gerai rojak ni kot,  tak pastilah.. Tak tanya,  hehehe


Tak lengkap minum cendol kalau tak ada rojak mamak kan.  Dan ini antara rojak mamak yang sedap Sk pernah makan. 
Tak pasti kenapa di Johor jarang dapat rasa macam ni ke kami yang tak tahu tempat di tanah tumpah darah sendiri. . Hahaha. 
Jika anda tahu tempat pekena cendol dan rojak mamak sedap di JB ni jangan lupa tinggalkan komen ya.  Senang-senang nanti bolehlah Sk terjah. 

InsyaAllahhhh..

8 comments:

  1. Cendol kalau dalam bekas mangkuk stainless steel macamtu memang sedap..
    Terasa kesejukkannya..hehehe
    Lama tak pekena cendol depan courts mammoth tu ...

    ReplyDelete
  2. cendol dalam mangkuk steel tu bole makan tepi highway skudai pontian tu..tapi orang kata, nak lagi sedap, kena cari cendol mamak yang buat..hihi..rojak tu nampak sedap, da lama tak makan..rasa dulu last makan kat KL, ady bawak kat gerai mamak...eh, agaknya kalo duduk sekali dengan ady, dia pun macam pak inche..terus jadi foodie blogger saya nanti..hahahhaha

    ReplyDelete
  3. tulang belakang kata nya peranan pak inche. hahahaha... disebalik kejayaan kak seri, terselit rupanya pak inche .hahahaha. sebagaimana pak inche selalu terselit bile mak inche tengah bergambar. 🤣

    ReplyDelete
  4. Maa Shaa Allah lama nya kaknoor tak makan cendol macam adoiii sakitnyaaa tengok gambaq ni hehe

    ReplyDelete
  5. Ya allah...nampak menarik, nampak sedap, nampak x SA tengh terliur ni????

    ReplyDelete
  6. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

  7. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih