BELANJA RM300 DALAM DUA MINIT - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BELANJA RM300 DALAM DUA MINIT

Assalamualaikum...


RM297.. Sk membaca whatsapp yang dihantar oleh Pak Inche semalam. 
Sk cuba mengaitkan RM297 dengan gambar barangan dalam troli. Kenapa tetiba pergi belanja barang dapur padahal baru jer berbelanja hujung minggu lepas.  

Troli siapa? Siapa belanja ni?  (Maksudnya barang siapa? )

Rupa-rupanya semalam Pak Inche antara media yang terpilih bersama beberapa pelanggan setia dalam cabaran 'Petron Hypermarket Sweep' di Giant Plentong. 

JOHOR BAHRU: Sebagai menghargai pelanggan setianya, Petron Malaysia (Petron) kembali mengadakan cabaran membeli-belah iaitu Petron Hypermarket Sweep buat kali keempat.
Program yang diadakan dengan kerjasama pasar raya Giant Malaysia Sdn Bhd itu diadakan di lima negeri tahun ini iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.
Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy, berkata program itu antara program yang memberi ganjaran kepada pengguna setia jenama Petron.
“Kami teruja mengadakan program ini bagi menghargai pelanggan setia Petron. Tahun ini kami turut memberikan mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats.
“Petron juga berbangga dengan kerjasama bersama pasar raya Giant untuk program ini, harapan kami agar semua pemenang menikmati pengalaman menyeronokkan bersama keluarga dan rakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bagi program Petron Hypermarket Sweep di pasar raya Giant Plentong hari ini, lima pemenang hadiah utama membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000, 10 pemenang barangan runcit bernilai RM3,000 dan lima pemenang barangan runcit bernilai RM1,000.
Seorang daripada lima pemenang hadiah utama, Riduan Janudin, teruja kerana dipilih sebagai antara pemenang hadiah utama program berkenaan.
“Saya dan isteri memang pengguna setia Petron dan setiap bulan tidak kurang RM1,000 dibelanjakan untuk mengisi minyak.
“Dalam program ini, kami banyak mengambil barangan keperluan rumah seperti makanan dan barangan dapur.
“Ini kali pertama saya mendapat peluang menyertai Hypermarket Sweep dan berasa bertuah serta berbaloi,” katanya yang juga pemilik kedai makan di Serkam, Melaka.


Dalam cabaran ini,  media diperuntukan dua minit untuk membeli barangan dengan nilai RM300. Biasa dengan persekitaran Giant Plentong, Pak Inche berjaya memenuhi cabaran dengan membeli barangan keperluan dapur serta anak isteri.  Terbaiklah Pak Inche! 

8 comments:

  1. Wowwww terbaek ar Pak Inche sedangkan dapat bayangkan Pak Inche berlari dari satu section ke section lain hehehehe..hebat Daddy Imannn

    ReplyDelete
  2. wowww.. terbaek la pak inche..

    ReplyDelete
  3. terbaikk pak inche. borong 2 botol besar minyak masak boleh tahan sampai habis ramadhan gini..hahahhahhaa...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum seri...mmg terbaik la...seronokkan...

    ReplyDelete
  5. kita bole bayangkan pak inche punya gelagat pilih2 barang masuk dalam troli dalam masa yang singkat...hahaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih