KETAM SAMBAL CUKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum…

SEJAK akhir-akhir ni, masakan sambal cuka dah menjadi kegemaran Sk sekeluarga.
Masakan begini rasanya seakan-akan masakan sambal di Chinese Restaurant dan mirip juga dengan masakan tiga rasa yang menggabungkan rasa masam, manis dan pedas,
Sambal cuka ini pula sesuai dimasak bersama masakan laut dan menjadi kegemaran Pak Inche dan Iman. Kalau dulu memang agak jemulah bila semua asyik nak buat masak sambal tumis, sekarang ni masak apapun jenis sambal memang suka masak macam ni. Setakat ni belum jemu lagi, tak pastilah akan datang nanti. Encik Rizar pun tak membantah, maksudnya kenalah dengan anak tekaknya yang cerewet tu kan.. kan.. hahaha.


Kami hanya membeli dua ekor ketam ketika singgah di pasar kecil di tebing Sungai Pontian, kelmarin. Itupun dah RM22 tapi agak puas hati juga sebab ketamnya besar, berat dan padat. Seperti selalu, Sk memilih ketam betina.. tentu kerana ianya lebih seksi, kah kah kah.
Sk menambah tomato ceri dan nenas dalam tin sebagai aksesori. Taklah ketam tu terpontang panting begitu sahaja, hehehe. Kalau selalunya SK mengukus dahulu ketam sebelum dimasak, kali ni Sk goreng jer dengan minyak yang sedikit dalam 40 saat jer. Wap yang naik ketika menggoreng cukup untuk memasakkan isi ketam, kulit ketam bukanlah tebal sangat, kan.


Ketam Sambal Cuka

2 ekor ketam, dibersihkan, siang dan dipotong dua
Taburkan sedikit garam dan kunyit
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, goreng ketam selama 10 saat di setiap bahagian dan terbalikkan, biarkan lagi 10 saat, terbalikkan semula. Ulang 2 kali 10 saat di setiap bahagian bagi mengelakkan isi ketam mengecut dan melekat pada kulitnya.
Angkat, ketepikan.

Sambal

Bahan-bahan :
Beberapa hirisan halia
2 sudu besar bawang dan cili yang telah siap dikisar
2 sudu tomato puri
2 sudu besar suka
1 bawang besar didadu
1 batang pokok ketumbar
sedikit tomato dan nenas 

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Tumiskan halia, cili dan bawang yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan tomato puri dan terus menumis.
4. Masukkan setengah cawan air, kacau sebati.
5. Masukkan  cuka, garam dan gula secukup rasa. Sambal hendaklah mempunyai rasa manis, masin dan sedikit rasa masam, 
6. Masukkan ketam dan golekkan dalam sambal.
7. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu, batang daun ketumbar, tomato serta nenas.
8. Kecilkan api dan masak sehingga bawang layu dan isi ketam masak sepenuhnya anggaran 8 minit lagi.
8. Taburkan daun ketumbar ketika menghidang.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tertelan ayaq liur kita membacanyaa..
    Balik Johor dah macam-macam fikir nak masak ni heheheh...
    Esok baru gerak balik..

    ReplyDelete
  2. eh belum try lagi buat sambal cuka ni..dari yang first kak seri sebut tu nak buat, tak buat2..hahaha

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni kak seri... sebab selalu masak sambal je ketam ni..thanks for sharing resepi ni

    ReplyDelete
  4. eeeeeee masakan ketam is my favourite...sekali makan memang ngadap tu je..😋😋😋😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!