MAKAN TENGAHARI SEDAP DI WAKTU PETANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN TENGAHARI SEDAP DI WAKTU PETANG

Assalamualaikum…

MACAM dah lama tak nampak Sk masak,  kan?  Sebenarnya masak jugak selalu cuma tak ambil gambar.  Lepas siap masak tu memang nak cepat-cepat makan lepas tu nak baring tengok tv,  hahahaha. 


Asam Pedas Ikan Merah. Pak Inche suruh masak kari tapi Sk demand nak asam pedas. Siap masak ni pun dah petang hari sabtu lepas.  Jadilah makan tengahari di waktu petang,  hahaha. 


Baby Kailan Goreng.  Tak laku sangat sebab kata Pak Inche tak kena dengan lauk asam pedas.  Dah itu jer sayur yang ada dalam peti sejuk,  nak ke kedai memang malas,  hihi. 


Telur dadar sebagai pelengkap asam pedas ala ala makan di Asam Pedas Parit Jawa la gitu,  hehehe. 


Tak sah la kalau tak ada ikan goreng,  kan.  Sk goreng sekeping jer buat bagi masin-masin kat mulut Pak Inche.  Hahaha. 

Iman kata,  sedap sangat lauk.  Rasa macam dah lama bonda tak masak.  Eh,  biar betul..  Selalu aje masak cuma agaknya sebab Iman selalu kerja petang tu yang jarang makan kat rumah.  Kesian Iman,  hihihi. 

10 comments:

  1. Hehehehe sian Iman...samalah macam Yana, kalau makan kata sedap sedap..tapi kes uma sini memang lain, memang omaknya lama tak masak, sampai sayur pun keluar bunga hahahahaaa

    ReplyDelete
  2. salam,

    ok apa sayur kailan dengan asampedas.. arwah mak kita selalu je masak.
    sayur daun dan asam pedas.. hari hari asam pedas.

    sometimes asam pedas letak sawi jeruk. Kadang peria kambas dihiris nipis nipis.. ok je...

    lepas tu ada sambal belacan lagi.

    Actually sayur tu to balance kan fibre intake especially makan pedas dan bercili dan berasam.. so it absorb dan neutralize la acid influx..

    heheh

    wasalam.

    ReplyDelete
  3. Kalau malas masak sayur masukkan aje bendi dan tomato dalam asam peda tu. 2 in 1

    ReplyDelete
  4. dah kena dah tu lauknya... kita masak, kalau takde sayur macam tak complete pulak kan... hehhe

    ReplyDelete
  5. kan best kalo ada sotong kunyit sekali...tiberrrr..ahhahahah!!! sebab nampak sotong besar2 dalam kailan tuuuu

    ReplyDelete
  6. ehehe air tangan ibuu memang marveles. macam mana jadi pun mesti sedap =)

    ReplyDelete
  7. memang sedap la kalau air tangan bonda sendiri. tapi saya pon macam pak inche.. masak kari sedap.

    ReplyDelete
  8. Baby kailann tu nampak sedappp 😍 siap ada sotong lagii

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih