MERIAHNYA 'BUFET ALA BAZAR 28 HARI' DI PULAI SPRINGS RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
'BUFET ALA BAZAR 28 HARI' DI PULAI SPRINGS RESORT SEMPENA BULAN RAMADAN



NIKMATI kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort yang menawarkan hidangan Bufet Ramadan bertemakan 'Bufet Ala Bazar 28 Hari' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan antarabangsa bermula 7 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019.





Selaras dengan tema 'Bufet Ala Bazar 28 Hari', terdapat lebih 10 gerai atau 'action stalls' dan lebih dari 150 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara buffet di dalam dan di luar restoran Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.



Hidangan 'Bufet Ala Bazar 28 Hari' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan yang pedas dan panas serta minuman sejuk dan panas. Konsep makanan dari negara barat dan Timur Tengah juga diketengahkan oleh Junior Sous Chef Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadan tahun ini.



Antara hidangan akan diketengahkan oleh Chef termasuklah Gulai Kari Kambing 28 Hari yang dihidangkan Bersama Nasi, Raita dan Papadom, Kuah Kacang Dhal dan Sos Pudina.











Anda juga boleh menikmati Nasi Putih Bersama Ayam Masak Merah Orang Kahwin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Stim Ala Nyonya, Kupang Masak Lada Hitam, Udang Sambal atau Mentega, Lemak Nangka Daun Selasih, Sambal Ikan Bilis Terung Pipit serta hidangan tradisional Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.







Paling istimewa tentunya menu makanan tempatan yang akan dihidangkan termasuklah Asam Pedas  Johor dan Masak Lemak Cili Api dengan pilihan ikan yang pelbagai seperti pari dan siakap, Mee Kolok Sarawak, Fried Spicy Baby Crab with Salted Egg, Murtabak dan Kacang Pol yang akan dimasak secara langsung di depan tetamu.



Di samping itu terdapat juga hidangan barbeku seperti Kambing Golek, Ayam Tandoori, Caru Sumbat, Sosej Teriyaki dan Beef Slices yang akan dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah seperti Rosemary Sauce, Sambal Tumis, Mint Sauce, Air Asam dan lain-lain.



Jika anda penggemar sate, anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan sate ayam dan daging yang lembut berempah berserta Nasi Impit dan Kuah Kacang. Ada juga Gerai Oden iaitu pelbagai jenis daging dan sayuran yang dicucuk lidi dan dihidangkan bersama sup pilihan.




Bagi penggemar ulam-ulaman, buffet tersebut turut menyediakan aneka ulaman, kerabu dan urap untuk dinikmati Bersama pelbagai jenis sambal, nasi dan lauk-pauk yang lain.






'Bufet Ala Bazar 28 Hari' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, Cendol, Ais Krim Malaysia, potongan buah-buahan, aneka jenis kek, pudding, dodol, wajik, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake.

Di samping itu terdapat juga aneka pencuci mulut seperti Serawa Durian, Pengat Pisang dan Coconut Sticky Rice serta minuman-minuman istimewa seperti The Ais Dhaka, Kathira Ais, Teh dan Nescafe Tarik.

Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib serta parkir percuma.


Para Pelanggan dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM99 bersih untuk dewasa dan RM49 bersih untuk kanak-kanak.

Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran ekslusif iaitu percuma seorang dengan pembelian 10 orang dewasa (Promosi 10 + 1).

Pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama Ramadan iaitu 7 Mei hingga 13 Mei hanya perlu membayar RM88 bersih dewasa dan RM44 bersih kanak-kanak.

Bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar sebelum 30 April 2019 boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM84 bersih dewasa dan RM42 bersih kanak-kanak. (Penjimatan sehingga RM15 seorang)

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07 521 2121 atau melalui
WhatsApp di 017 745 5776 (Pengurus Restoran)
atau menghantar email ke enquiry@pulaisprings.com.

Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan, sila hubungi
Pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07 555 4845.

Para pelanggan juga boleh ke laman web
 www.pulaisprings.com

*Semua harga termasuk SST

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ha nampak sangat Ramadan dah nak dekat ni dah macam-macam fodd ada tak tahu nak pilih mana satu huhuhu...
    Oh! Pulai Spring Resort syioknya kalau dapat stay sini lagiks! nostalgia 4 hari 3 malam #SBAM

    ReplyDelete
  2. banyakknyeee makanan sedap2 !! time ramadhan ni jenuh susun la nak makan buffet kat mana =D

    ReplyDelete
  3. Sedap..jeruk...mangga betik...buah buahan Segar..ikan bakar..sea food.. kerabu kerabu.. lauk . Hancur diet camni.. kalau buka puasa mahu terawih jam dua pagi...ni...

    ReplyDelete
  4. Semua sedap-sedap...tak ada yang tak sedap ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!