NASI GORENG SCRAPPER DAUN PISANG YANG SEDAP DI NANI IKAN BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

"Eh! Inikan tempat Nasi Goreng Daun Pisang yang femes tu?" kata Iman semasa kami lalu di hadapan restoran Nani Ikan Bakar ketika Pak Inche hendak ke RHB Bank,  Bandar Baru Uda. 

"Oh,  ye ke?" Tapi krik krik ajelah sebab Pak Inche nak ke bank,  kan masa tu.  Lepas tu nak isi minyak dan selepas tu plannya nak makan di suatu tempat. Lepas tu (berapa banyak lepas tu daaaa) tempat yang kami nak pergi tu pulak tutuppp.  Jadi atas undian 2 berbalas 1, kami mengambil keputusan untuk mencuba Nasi Goreng Scrapper Daun Pisang di Restoran Nani Ikan Bakar ni,  gitulah ceritanya sabtu lepas 😁😁😁


Pelbagai pilihan Nasi Goreng dan Mee Goreng Scrapper beralaskan daun pisang.  Kalau nak makan Shell Out pun ada.  Tengok orang sebelah order Shell Out Lupang,  penuh satu meja.  Sebelum tu nampak ada orang makan kupang satu pinggan. Uiii..  Sedapnya kupang tapi Iman tak makan kupang dan Pak Inche bukan peminat tegar kupang. Ada menu bakar petai pulak. Kami terus pesan tiga nasi goreng seafood dan ikan pari serta sotong bakar tak nak petai.  Entah,  macam tak boleh terima ada petai dalam ikan bakar ni,  hehehe.


Yeyyy. . Dah sampai Ikan Pari Bakar Sambal.  Bakar bersambal ni memang menjadi trend masakan bakar di Johor.  Jadi anda tak perlu lagi nak ada pencicah seperti sambal kicap atau air asam.
Alhamdulillah,  rasa sambalnya sedap dan tak ada rasa pelik.  Cukup asam garam dan manisnya. Kira macam tak menyesal la singgah sini.


Sotong Bakar Sambal pun sedap wallawei. Yang bestnya lagi sotong tu tebal dan segar,  tak liat bila dikunyah maksudnya ia dimasak sempurna dan tidak terlalu lama. 


Selambak Nasi Goreng Scrapper.  Tengok kaler pun dah tau kan sedap tak sedap...ya..  Memang sedap,  pedas dan meletop.  Dalam nasi goreng tu ada udang dan kupang.  Udang biasa bukanlah udang besar-besar tapi Sk memang rekomen la siapa yang suka makan nasi goreng stail scrapper ni.  Bagi yang tak tahu,  nasi goreng scrapper ni ialah nasi yang digoreng atas kuali leper yang besar macam kuali burger tu.  Sudipnya pun guna sudip orang masak burger.


Pengambilan sayur adalah wajib untuk makanan seimbang ya.  Sayur berdaun macam kailan ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.  Aisehhh..  Sayur dia pun sedap tau siap ada rencah udang lagi.


Jadi,  bagi warga JB yang dah bosan makan Nasi Goreng Daun Pisang yang kat sinun tu,  jom ke Nani Ikan Bakar yang terletak berhampiran RHB Bank Bandar Baru Uda.  Alaa..  Tak ingatlah nama jalan dia,  cari sendiri eh..  Hahaha.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menyelerakan betul ikan pari sambal dia tuuu

    ReplyDelete
  2. Ramai kata sedap, Lisa VJ pun kata sedap...nanti Abe balik nak ajak laaaaa

    ReplyDelete
  3. uih...saya suka betul kalau dapat nasi goreng kaler macam ni

    ReplyDelete
  4. huissyyy...sedap bebenor rasanya tu...kecur terus..^_^

    ReplyDelete
  5. hehehehe orang uda belum sembah ratu lagiiii niii.. 😂😂😂

    ReplyDelete
  6. ooo patut la panggil nasi goreng scrapper ekk..sebab goreng cenggitu haaa

    ReplyDelete
  7. Semua sedap sedap belaka laa...haihhh

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nasi goreng tu.. memang menyelerakan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!