TART SEPIT INTI SECOET YANG ISTIMEWA

Assalamualaikum... 

SIAPA ada perangai macam Sk yang tak boleh nampak kuih tart nenas?  Hahahah.. Nak tahu..  Sk ni memang peminat tart nenas,  alaa..  Siapa yang kerap baca cerita Sk mesti dah tahu punya kan.  Jadi,  Sk memang suka la beli tart nenas yang dijual pek ekonomi tu.  Tapi ada sejenis perangai suka tapi takut pulak.  Haaa..  Macam mana tu suka tapi takut??  Suka tart nenas tapi nak beli terus takut tak sedap.. Hehehe.  Ialah,  kalau dah beli tapi tak sedap,  tak ke nyesal dan menganiaya diri.  
😁😁😁

Di Kedai Mesra tempat Iman kerja tu tahu tak,  dah macam cafe.  Macam-macam makanan dan kuih muih ada jual dan sebenarnya bukan mudah nak memasukkan produk kita ke sini kerana perlulah melalui beberapa peringkat dan yang paling penting mesti sedap. Tart nenas antara produk yang boleh didapati di mana-mana kedai mesra, kan.  Begitu juga di sini.  Jadi,  Iman bagitahu memang ramai yang datang ke sini mencari tart nenas dan selalu meminta pendapat staf petronas tart nenas mana yang sedap.  Ya,  sebab bukan ada satu produk tart nenas dari satu pembekal aje. Sk pun pening tau nak pilih yang mana satu. 


Tu dia.. Dalam banyak-banyak,  Iman kata ini antara tart nenas yang selalu dicadangkan oleh staf senior kepada pelanggan.  Teragak-agak jugakalh nak membeli pada awalnya. Inti secoet macam tu,  betul ke sedap?  Ialah,  tengok orang sekarang punya tart nenas,  inti dia,  nahhh ko!  Seketul gedabak cam tu,  timbul kat tengah-tengah dah macam ada buah di kelopak bunga.. Tu kalau makan memang rasa jemnya aje yang lebih. 

Berbalik pada tart sepit inti secoet ni,  Sk pun cuba satu suap ke mulut.  Hurmm..  Hurmm..  Sedap jugaklah.  Mula ingatkan inti secoet tu dalam sampai separuh tepung rupanya memang itulah secoet intinya,  hahaha.  Tiada siapa mendominasi siapa.  Dengan doh mentega yang cair di mulut dan perlahan-lahan kita boleh rasa limpahan jem di lidah kita walaupun inti tu secoet je pun.  Eh,  pelik pulak kita,  hahahha.


Istimewa.. Memang istimewa
😘😘😘

6 comments:

  1. sama la kak seri..dilah pun jenis takut nak cuba makan tart nenas.. takut tak kena dgn citarasa kite.. haha.. nak tapi takut kan.. mesti tart sepit ni kena dgn citarasa dilah sbb dilah jenis yg x suka jem tu banyak sangat..

    ReplyDelete
  2. tengok pun dah menyelerakan....dah la setiap kali raya mesti nak cari kuih tart sedap²,,, bukan untuk orang, tapi untuk makan sendiri...ahahah

    ReplyDelete
  3. Bolehlah cari nanti...sama kita suka tat nanas....

    ReplyDelete
  4. laki kita suka tart nenas, kalo da jumpa yang sedap pek ekonomi cam ni kat mana2, gerenti nak beli lagi beberapa bekas untuk bawak balik rumah..

    ReplyDelete
  5. Suka juga tart nanas ni.
    kalau sebekas tu, cepat aje abis

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih