Paradigm Mall Johor Bahru Mencipta Nama dalam Malaysia Book of Records bagi Karakter Kartun Terbesar

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Paradigm Mall Johor Bahru Mencipta Nama dalam Malaysia Book of Records bagi 
Karakter Kartun Terbesar


Johor Bahru, 10 Mei 2019 – Paradigm Mall Johor Bahru, pasaraya terbesar di Johor Bahru ini meraikan kejayaan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi Karakter Kartun kembung terbesar di Malaysia hari ini. Kini, para pengunjung berpeluang menyaksikan dan bergambar dengan karakter kartun Spongebob terbesar dengan ketinggian 11 meter dan lebar seluas 6 meter.  


 Sijil MBR telah diserahkan kepada Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian membelibelah WCT Malls dan Cik Catherina Quek, Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru oleh Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records.
 Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, penampilan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ini pastinya memeriahkan lagi suasana di Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB). Keluarga, kanak-kanak dan peminat SpongeBob SquarePants dan rakan karibnya, Patrick Star dapat berhibur bersama kartun kegemaran di samping dapat bergambar untuk disimpan sebagai kenangan.

Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian membeli-belah WCT Malls, berkata, “Hari ini merupakan hari bersejarah sepanjang Paradigm JB beroperasi di Malaysia. Kami berbangga kerana dapat meraikan acara penting ini bersama pengunjung setia yang telah banyak mendorong kami untuk terus mencipta kejayaan. Setiap suku tahun, kami menyambut lebih 6 juta pengunjung ke Paradigm JB dan kami sentiasa berusaha menjadikan pengalaman mereka ke Paradigm JB lebih unik dan bermakna.”

Seiring ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, kawasan tumpuan Paradigm JB telah dihias menjadi dunia magis yang membolehkan pengunjung merasai musim perayaan yang penuh keceriaan bersama penduduk mini dari dunia bawah laut ini.

“Kami amat teruja dengan kehadiran SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ke Paradigm JB untuk sama-sama meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama peminat di Malaysia. Karakter SpongeBob yang sentiasa optimis dan ceria pastinya memeriahkan sambutan dengan gelak ketawa dan mampu membawa sinar keceriaan kepada semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga, saudara dan sahabat handai.”, tambah Chua. 


Peminat dapat menyaksikan 20 patung mega SpongeBob bersaiz manusia, membeli cenderahati dan barangan unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan unik dan baharu, mainan mewah dan banyak lagi di sini.

Selain itu, bagi merancakkan lagi Ramadan dan Aidilfitri, Paradigm JB padat dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik selama sebulan bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Pengunjung juga berpeluang menonton persembahan dan aktiviti di samping menikmati pelbagai tawaran hebat Hari Raya di Paradigm JB sepanjang bulan perayaan ini.

Jangan tunggu lagi, ayuh kunjungi Paradigm Mall Johor Bahru untuk meraikan musim perayaan yang penuh keceriaan bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang! 

Maklumat lanjut di bawah: 

Laman Web: www.paradigmall.com.my/jb    
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. assalamualaikum seri...budak2 mmg seronoklah lebih2 lg ada spongebob ni kn..

    ReplyDelete
  2. eeee comel sangat spongebob hari tu! sampai hari ni kita geram tengok gambar dia posing..ahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!