SELAMAT TINGGAL BUNGAKU


Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruanku
Jasamu untuk diriku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu di mana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih 
berada nun jauh di balik awan
Salam bahagia khabar yang gembira
Kukirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesananku
Jaga baik dirimu sendiri 

13 comments:

  1. Ooo Poli sana kena pakai baju putih hari daftar ye?
    Kalau masa Amat, masa daftar tak, hari kedua orientasi tu baru pakai putih semua, kemeja dan kurung untuk perempuan..

    Bonda nangis tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, Lin. Hari daftar dah kena pakai uniform ala2 Leftenan Zana, hahahaha. Ada yg datang tak pakai uniform tak dibenarkan mendaftar, ada booth jual uniform hitam putih ni.

      Bonda tahan nangis, tak mahu menangis sebab kalau bonda nangis, takut Iman nak ikut balik, hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah, tak ada apa, Allah ada jaga dia untuk saya.

      Delete
  3. alorhhhh...bonda mesti rindu kannnnn!

    ReplyDelete
  4. saya pulak yang terasa2 sedihnya bila anak yang selalu ada tetiba takde. kan kak.. semoga baik2 semuanya.. iman ok insyaAllah.. saya bimbang akak je.. haha

    ReplyDelete
  5. ala sedihnya..Walau dapat bersua muka di dalam video call.. tetap tak sama kan bonda...

    ReplyDelete
  6. Macam mana la SA nanti kan...dah la sorang tu je anak ...semoga Iman terus berjaya menggapai cita2

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum SK...bondanya kena tahan juga kalau nangis parah jadinya...mama pun pernah rasa dulu bagaimana nak lepaskan anak belajar...

    ReplyDelete
  8. Ni lirik lagu ke.. Hahahahahhaa. Halamakk... Kenapaa terasee sayuu betulll .... 😪😪

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih