AKTIVITI SEMALAM - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AKTIVITI SEMALAM

Assalamualaikum... 

BARU lepas sarapan di pagi Sabtu.  Dari semalam berangan nak menggoreng nasi jadi sengaja masak nasi lebih untuk makan malam tadi.  Jadi,  pagi-pagi dah dok menumbuk rencah nasi goreng.  Alhamdulillah,  kenyang dah perut pagi ni,  dapur dah siap kemas jadi marilah kita memgadap blog sekejap.  Lepas ni nak lipat kain baju yang dah bergunung-ganang dalam bilik Iman 😂😂😂 syhhhhh!! 

Jadi,  mari kita cerita tentang semalam. Sk sajalah ajak Pak Inche jalan-jalan ke Ikea.  Nak tahu jugaklah apa yang sale sampai 50% tu.  Ada jer kawan yang share gambar produk yang sale tapi nampak macam tak berapa menarik.. Setakat pinggan mangkuk dah berlambak kat dapur Sk sampai dah tak tahu nak letak kat mana 😂 itupun kalau jumpa yang berkenan tangkap jugak sebiji dua,  hahaha. 

Jadi,  Pak Inche tanya nak beli apa?  Sk kata nak tengoklah kot barang idaman Sk ada diskaun ke tidak.  Tapi,  kita makan dulu la,  lepas tu baru jalan.  Pak Inche kata,  Sk belanja makan.  Sk setuju dengan syarat Pak Inche belanja shopping,  kah kah kah.  Jomlah kita!


Kali ni tak ambil meatball macam selalu.  Nantilah bila Iman balik kita ajak dia makan meatball.  Ni ambil untuk alas perut jer sebelum jalan-jalan.  Hahaha... Alas perut konon. 


Kami sampai ke Ikea dah jam 3 lebih.  Masa ni memang ramai sampai kena park di tingkat bawah.  Tapi mujur juga tak perlu beratur panjang di medan selera tapi memang full house jugaklah.. Layannnn! 

Lepas makan,  kami terus turun ke tingkat bawah.  Malas nak lalu show room.  Tengok orang berebut beli pinggan putih RM2.90 tu.  Bukan tu memang regenya ke???  Hahahaha.  Tengok memang ada la pinggan dan mangkuk hidang yang ada diskaun tapi ia bukan barangan idaman Sk.  Barang yang Sk nak sangat beli,  takde diskaun pun.  Dapat 50% sedap juga ni apa pun takdok,  hahahha.  


Pak Inche kata,  nak beli alas kusyen,  okeylah bagi empuk sikit kan.  Lepas tu Sk tengok cermin berlampu ni RM19.90 dari harga asal RM39.90. Terus rasa nak beli cermin ni,  sekali balik rumah baru perasan cermin kanta,  hahaha.  Nak suluh jerawat memang cantikkkk,  hahahaha. 



Balik dari Ikea,  Pak Inche ajak ke NSK cari barang masak.  Lepas tu,  Sk nampak ni pulak,  terus beli.. Padahal hari tu dah beli satu set kat Family Mart pun tak masak-masak lagi sampai sekarang,  hahaha. Topokki ni antara masakan Korea yang Sk sangat suka selain ramen.  Alaaa..  Ramen tu siapa yang tak suka,  kan.  Ni nanti dah masak,  Sk tulis kat blog ya.  Ni simpan dalam peti sejuk dulu tengoklah nak masak esok ke boleh bawa pergi office.  Pandai ke kawan-kawan Sk makan topokki ek,  hahahha. 

Balik NSK,  ajak Pak Inche pergi Aeon Taman U pulak sebab ada baucer RM30 yang dah nak luput tarikh.  Beli bedak Baby Johnson pek kembar,  pencuci tangan dan ayam potong kecik,  ada baki lagi 30 sen.  Cashier cakap,  ini baki tak pulang ya.. Iolah..  Faham..  Faham.  Balik rumah terus masak nasi macam Sk cerita atas sekali tu. Goreng ayam potong kecik beli tu dan panaskan left over Asam pedas yang Sk tak ada cerita sebelum ni. Dah..  Tamatlah kisah semalam. 

Semoga ada umur untuk kisah yang akan datang.. Amiinnn Ya Robb. 






3 comments:

  1. Cermin kanta tu kan bagus Mak Inche, Lin beli tapi Suami yang suka guna, buat selak bulu idung hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih