BERMALAM DI HOTEL SUNGKAI ONEONE08 & BERSARAPAN DI CAPATI CORNER CHENDERIANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BERMALAM DI HOTEL SUNGKAI ONEONE08 & BERSARAPAN DI CAPATI CORNER CHENDERIANG

Assalamualaikum…

Selepas menikmati Sate dan Mee Bandung Muo, kami meneruskan perjalanan ke utara. Mungkin sudah imun dengan cafein, walaupun dah minum secawan nescafe yang cukup kaw sebelum bertolak, Sk tertidur sebelum memasuki Tanjung Malim, kahhhhhh! Tinggallah Pak Inche seorang bertabah memandu penuh semangat. Sk tersedar apabila dikejutkan Pak Inche yang meminta Sk melihat jika ada hotel bajet yang boleh kami singgah tidur , berehat dan bersiap untuk agenda esok pagi.

"Dekat mana ni?"

"Slim River," 

Sk memerhati sekeliling. Kami berada di persimpangan lampu isyarat dengan beberapa bangunan di simpang tiga. Sukar betul mengembalikan kewarasan akal dalam kepekatan malam. Ditambah lagi mengenang kami berada di suatu tempat yang asing dan sunyi. Kami menyusur jalan di situ tetapi tak jumpa jalan masuk ke kawasan bangunan malah tanda batu jalan menunjukkan kami menuju ke Ipoh mengikut jalan lama. Di hadapan ada sebuah lori dipandu perlahan. Seram sejuk juga dibuatnya tambahan cuaca di luar agak berkabus dan basah selepas hujan. Kabus yang muncul berkepul-kepul dan tambah menyeramkan dibias cahaya dari kenderaan sendiri mengingatkan Sk pada kisah-kisah mistik yang biasa Sk tonton di layar tv.

Padan muka,  suka tengok cerita seram lagi kan  😂😂😂

"Ni kita dah ke Ipoh," kata Sk. Tiba-tiba nampak tanda U-turn, Pak Inche terus buat pusingan U. Akhirnya kami dapat juga masuk ke kawasan bangunan tapi sayangnya tak ada hotel bajet di kawasan tersebut. Hendak tak hendak terpaksa patah balik ke jalan lama yang berkabus itu menuju ke Ipoh meredah kegelapan. Bibir terkumat-kamit membaca ayatul qursi.

Tiba di kawasan Sungkai, dari jauh kami ternampak bangunan kedai baru dengan papan tanda elektronik tertera perkataan hotel. Pak Inche cepat-cepat ambil kiri dan masuk ke kawasan kedai. Di sebelah belakangnya terdapat kawasan perumahan, fuhh.. lega jiwa rasa. Kami berhenti di hadapan Hotel Malim. Seorang lelaki sedang menyapu di depan kaunter. Di hadapan sedikit ada sebuah lagi hotel, Sk mengajak Pak Inche tengok ke situ pulak dan bandingkan yang mana lebih berkenan. Hotel ini nampak lebih menarik berbanding yang pertama tadi tapi puas kami menekan loceng namun tiada siapa yang muncul. TV terpasang tapi tiada orang. Pak Inche menggendang pintu kaca. Baru berkira-kira nak patah balik ke Hotel Malim, datang seorang staf hotel. Mukanya sedikit marah, mungkin terganggu dengan kami. Rupanya dia dari bilik air, agaknya baru nak memulakan hajat tetiba terdengar bunyi loceng, hahaha. "Macam nilah kalau kerja seorang," luahnya.


Pak Inche bertanya harga bilik mengikut jam,  jika ada.  Staf tersebut menggeleng kepala.  Dia menerangkan pakej yang ada di hotel tersebut. Hanya RM68 semalam untuk weekdays dan RM78 semalam untuk weekend.  Tiada goverment rate,  tiada diskaun dan tiada tingkap juga 😂, kalau nak bilik yang ada tingkap,  tambah RM10. Hurmm..  Jam 3 pagi,  buat apa nak bilik ada tingkap,  janji ada air-cond sudahlah.. hahaha. Kami membayar harga bilik dan deposit sebanyak RM50. Staf hotel memberikan sehelai sejadah dan sebuah purse mengandungi remote air-cond dan tv yang perlu dipulangkan kembali semasa check-out nanti. 


Sepanjang koridor digantung dengan frame yang memaparkan kulit muka depan majalah Gila-Gila.  Sebetulnya gambar 1, 2 dan 4 ini Sk ambil dari fb hotel,  hahhaa.  Giler ko nak snap gambar pukul 3 pagi,  karang ada pulak entiti lain yang muncul,  matilanakkk! 


Suis moden meyakinkan Sk yang hotel ini benar-benar okey,  hahaha.  Kalau suis hitam zaman 80-an tu,  itu jam jugak Sk ajak Pak Inche check-out..  kikiki.


Lega rasa kepala nampak katil.  Di dinding kepala katil juga digantung dengan frame kulit muka depan Majalah Gila-Gila.  Kata Pak Inche,  kita duduk ni Hotel Gila-Gila kot 😁😁😁


Sejadah dan purse mengandungi remote control.  Mata pun dah mengantuk,  lepas cuci kaki kami pun terus 💤 💤 💤 


Dah siang baru berani ambil gambar bilik air.  Haaa..  Kira okeylah kan,  RM68 dapat bilik yang selesa macam ni.  Kebersihannya pun tip top cuma tekanan airnya tak kuat macam kat rumah. Oh,  ya,  hotel juga menyediakan dispenser air panas dan sejuk serta kemudahan membancuh kopi dan teh di lobi bagi mereka yang mungkin ingin mengalas perut di pagi hari.  Kami memilih untuk meneruskan perjalanan. 



Soft and Delicious Capati In Town.
Tagline yang tertulis di name card Capati Corner Chendering.  Dah beberapa kali lalu di sini cuma baru kali ni dapat berhenti singgah.  Memang dah plan pun sebenarnya nak singgah sarapan capati di sini sebelum ke PUO. Tapi ada orang tu dah nampak benda lainlah pulak!

Oh,  ya..  Capati tu sedap. lembut dan masih panas, tapi kari daging tu macam kureng sikit laaa..  Kuahnya tak berapa pekat gitu membuatkan ia kurang lekat bila dicicah capati.


Nampak bunting Nan Cheese Viral ni la,  Sk teringin pulak nak rasa, terus order sekeping.  Pucat terus muka bila pinggan Nan Cheese diletakkan atas meja.  Terbayang cheese beku berketul-ketul dalam perut,  hahahahha.  
Tak sangka la pulak cheesenya begitu sekali..  Huhu.  Makan separuh,  separuh lagi simpan untuk Iman supaya boleh gemuk bersama-sama.
😆😆😆



9 comments:

  1. Jalan lama kawasan tu memang takde lampu. Kena berhati-hati bila lalu di situ pada waktu malam. Cantik hotel tu nampak selesa je. Cheese Nan tu nampak menggoda la. Penuh cheese atas dia. Balik Ipoh nanti nak cari la hehe

    ReplyDelete
  2. Hotel tu nampak moden la..bagus macam ni..kalau tersesat dan hari dah jauh malam boleh singgah..harga pun murah dah tu...

    ReplyDelete
  3. macam baca kisah seram la intro kak seri ni.. haha.. hotel cantik.. cheese nan tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. hahahahahha tak boleh lepaskan jugak dak iman tu ye...kena menggemuk sama2 jugak, kan da kurang 13 kg...hahahah

    ReplyDelete
  5. hahahahhaahahhahahahhahaa....gemuk bersama sama.....uishhh..hotel nye not bad jugak kan ..

    ReplyDelete
  6. Seronok bila dah berdua, macam kita Kak, walau ada lagi anak di rumah di tinggalkan tapi isi masa berdua tu je yang ada, pandai le ko anak hahahaha

    ReplyDelete
  7. Seram ada, kelakar ada baca entry ni haha...

    Nampak OK juga hotelnya.

    ReplyDelete
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih