JALAN-JALAN SABTUDAY - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JALAN-JALAN SABTUDAY

Assalamualaikum...

TANPA perancangan tetiba Pak Inche mengajak ke Midvalley Southkey.  Padahal semalamnya dia kata,  Sabtuday nak lepak di rumah jer.  Sk ajak pergi makan Mee Udang kat Rambah dia kata tak sempat,  sebab malam ada bola.  Lepas tu,  boleh pulak dia ngajak ke Midvalley tu..  Layankan ajelah.  Seperti biasa Midvalley JB ni,  tak pernahnya tak ramai.  Yang Sk nampak,  Singaporeanlah ramai.  Berbondong-bondong dengan bagpack dan stroller yang canggih manggih tu memang orang Seberang Tambak la. Beg shopping diorang pun bukan calang-calang. 
😁😁😁


Pak Inche ajak makan dulu,  lapar katanya.  Ialah,  pagi tu kami makan nasi goreng jer kan.  Sk ajak makan kat Ali Baba Nyonya Kitchen kot nama tempat tu. Sekali tengok buku menu..  Phewww.. Ni tempat orang have have je kot.  Mee siam sepinggan jer lapan belaih hinggit kooo..  Hahaha. 

Nak makan kat Chicken Rice Shop,  macam baru jer makan hari ti.  Eh,  tak cerita lagi la rupanya makan di Chicken Rice Shop,  hehehe.  Okey,  yang tu nanti cerita la..

Jadi,  akhirnya kami buat keputusan makan di Penang  Road Famous Teochew Chendul. Nama jer cendol tapi macam-macam ada dengan harga yang berpatutan la untuk sebuah mall. Pak Inche ambil Set Meal dan Sk ambil ala carte. 


Chee Cheong Fun
Lama tak makan ni sejak Kopitiam kat Danga City Mall tutup. 


Original Chendul
Sedap..  Ini kami makan kongsi. Kalau ambil dua mangkuk nanti Sk tak habis pulak. 


Penang Rojak ni pilihan Pak Inche untuk Set Meal


Penang Prawn Mee
Pak Inche kata sedap,  Sk jamah sesudu je,  bolehlah...  Sk bukan peminat mee udang sebenarnya lagi-lagi kalau dekat mall.
Mee dalam mangkuk dah diceduk-ceduk Pak Inche, tu yang comot-comot dah mangkuknya, biasalah Pak Inche tu, tak sabo nak makan.


Jumlah RM32.10
Ni kalau kat Ali Baba Nyonya tu mahu RM60 -70 terbang 


Café Cendhul ni sempit sikit tak macam kat AEON Tebrau yang ada tempatkan meja di bahagian luar. Konsep kat sini adalah secara layan diri. Disebabkan orang ramai, jadi kalau datang seorang tu agak susah la nak makan, pastikan ada yang chop meja dan ada yang pergi pesan makanan. Karang, makanan dah siap, tempat duduk pulak tak ada, takkan nak makan di kaki lima kedai, kan, hihi.


Lepas makan,  jalan sampai atas lepas tu balik.  Tak beli apa pun saja tengok orang,  hahahaha. 

7 comments:

  1. SA kalau sihat mmg macam ni jugak la..jenjalan tgok org dan makan-makan takde beli pape pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan macam tu, lepak kat rumah seharian kadang penat jugak, lebih baik berjalan, hihi

      Delete
  2. Masa kita minum air manis, kalau ke sini sukaaa ice latte dia atau kopi ais dia, perghhhhh kaw gileee kepekatannya...sekarang cut sugar, lalu jeling aje laaaa huhuhu

    ReplyDelete
  3. rasa pernah makan dekat jusco tebrau.. cendol dia sedap...tapi tulah, selalu penuh je kat sini

    ReplyDelete
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih