MAKAN DI SENIBONG BAY SEAFOOD LAGI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI SENIBONG BAY SEAFOOD LAGI

Assalamualaikum…

"MAKAN dekat Senibong Bay, nak?" Ajak Pak Inche malam kelmarin. Masa tu kami tengah jalan-jalan di Paradigm Mall. Tujuannya nak carikan t-shirt untuk Iman, tapi benda yang dicari tak ada pulak saiz  yang berkenan. Yang sebenarnya sebelum ni kedai tu offer banyak t-shirt besar dengan harga RM10 sehelai tapi agaknya dah habis stok. Yang tinggal t-shirt berharga RM15 paling murah, tu takpa.. saiz paling besar pun L, camno??


"Takpa ke kita gi Senibong Bay tak ada Yaya (Iman)?" 
"Tak apa.. dia pun bukan main lagi makan Johnys kat sana, babah pun tak pernah makan Johnys," Kahhhhhh. Kalau nak tahu, Iman ni.. hari-hari bajet makan di asrama demi nak makan sedap masa outing... hahahaha. Jadi, ke Senibong Bay lah kami berdua. Dah janji tak mahu order banyak-banyak. Cukuplah ikan sekor, sayur dan baby sotong kesukaan Pak Inche. Walaupun Sk nak jugak makan Sotong Telur Masin, tapi mengenangkan kami hanya berdua, Sk abaikan saja. Lepas tu Pak Inche nak jugak ada Omelet Shrimp.. hurmmmm.. (tak ada dalam gambar)


Kali ini nak tukar citarasa, kami cuba pula Siakap Thai Style.
Ikan siakap deep fried yang dicurahkan sos ala Thai dengan parutan kubis???
Serta taburan kacang tanah yang banyak. Makan sikit memang sedap, tapi kalau dah terlalu banyak?
Sudahnya Sk tolak ke tepi semua bumbu yang disiram ke atas ikan. Kita ratah ikan sajalah, bak kata satu iklan tu.. Goreng pon sodappppppppp!


Pak Inche memang suka sangat Kangkung Belacan kat sini. Layankan ajelah, rasa belacan betul sampai terbersin-bersin Sk, hahaha.


Baby Sotong Goreng Madu. Macam biasa sedap, rangup tapi lembut bila dikunyah.
Malam tu kami makan sambil ditemani band yang menghidangkan lagu-lagu Inggeris 90-an. Haiiiii.. terkenang zaman belia remaja, hahahahaha.





9 comments:

  1. entah bila nak terjah ke sini..Sebab nampak semua makanan sedap² belaka...Mesti iman jeles ni nanti baca blog bonda dia...haahhah..

    ReplyDelete
  2. Bilalah nak pergi sini..dah terbiasa makan seafood mesti Todak, jadi susah ke tempat lain huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama giler tak ke Todak. Lin ajaklah En Sabar ke sini plak

      Delete
  3. Tak pernah mkn kat sini lg...nampak mcm menarik..tp pricey skit kan..sedap kalu xde hal kalau mahal skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata mahal tu, harga ikan dia sama jer ngan kedai tomyam, hehe. cuma mcm baby sotong tu takde la kat kedai tomyum & harga sayur mahal sikit

      Delete
  4. Kat Ipoh dah risik2 ke tempat2 makan yang sedap2? Senang nak bawak Iman nanti...

    ReplyDelete
  5. siakap kalo goreng saja pun memang sodapppp

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih