MAKAN MEE BANDUNG UDANG WARUNG MANJA CORNER - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN MEE BANDUNG UDANG WARUNG MANJA CORNER

Assalamualaikum…


MALAM tadi, kami dinner makan malam di Warung Manja Corner yang terletak di Rambah yang terkenal dengan kelazatan masakan menggunakan udang. Walaupun malas nak datang ke sini kalau tidak berada-ada (maksud - tidak ada tujuan lain selain makan), tapi disebabkan Sk sendiri malas nak memasak semalam, jadi Sk tidak menolak apabila Pak Inche mengajak ke sini.

Sebenarnya, Rambah ni tempat Sk membesar semasa zaman kanak-kanak. Pontian sememangnya daerah yang tidak asing bagi Sk. Setakat ulang-alik dari Kukup ke Pontian Besar tu, boleh pejam mata saja, hahaha. Arwah Pak Chu Sk (adik arwah abah) dulunya tinggal di Kuarters Imigresen yang sehingga sekarang masih tersergam di Pekan Kukup. Biasanya setiap hujung minggu kami akan ke sana dan bermalam di rumah Pak Chu bila cuti sekolah. Dapatlah merasa main naik turun tangga kuarters tu main kejar-kejar, hahaha.

Sk dan Angah juga biasa berbasikal dari rumah kami sehingga ke Rambah atau melalui Tenggayun untuk ke Kampung Seri Bunian. Biasanya aktiviti berbasikal ni bila musim raya dan marhaban. Memang pusing keliling kampung laaaaa.. huhu.

Eh, ni nak cerita pasal makan ke pasal kenangan lama mengusik jiwa ek?
hahahah.

Balik cerita pasal Warung Manja tadi, tidak lama menunggu, seorang pelayan datang mengambil pesanan. Ada Nasi Goreng Udang, Kuey Teow Udang, Mee Bandung Udang. Kami terus memesan dua pinggan Mee Bandung Udang. 



Puas cari angle sesuai bagi mendapatkan pencahayaan, ini sajalah rupa pinggan mee yang paling menarik, hahaha. Setiap pinggan ada empat ekor udang galah dan sebiji telur cemplok.
Pertama sekali kalua anda biasa makan mee udang, perlu diingatkan yang ni bukannya mee udang tapi mee bandung. Jadi, rasanya seratus peratus berbeza. Tapi, Sk boleh katakan ini antara mee bandung yang sedap Sk pernah makan, kiranya dah datang jauh-jauh, ianya tidaklah mengecewakan.

Sk bagi 4 bintang!

4 comments:

  1. Tengok time ni tengah lapar plak tu....berbunyi-bunyi perut SA....

    ReplyDelete
  2. Ishhhh sangat-sangat terliur rasanyaaa...huhuhu
    Macam nak pergi je harini juga hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih