MASAK NASI DALAM MUG JER - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MASAK NASI DALAM MUG JER

Assalamualaikum... 

SEJAK dah kembali tinggal berdua ni,  aktiviti memasak tidak lagi meriah macam dulu. Elehhh..  Macamlah dulu meriah sangat ek, hahaha.  Padahal tinggal berdua atau bertiga,  lauk yang dimasak sama jer.  Kari.. Sambal.. Asam pedas..  Kari..  Sambal..  Asam pedas.. Pusing-pusing itu jugak lauknya,  hahaha. 

Dah remaja purba ni makan tidak lagi seperti zaman muda.  Kalau dulu boleh makan bertambah-tambah,  sekarang nak habiskan sepinggan pun terpaksa aje.  Nak masak nasi sikit,  melekat di tepi periuk jer.  Jadi penyelesaiannya,  masak nasi dalam mug atau dalam cawan dengan teknik 'double boiler' atau kukus.


Sebenarnya Sk kerap jugak memasak dengan cara ni.  Kalau Iman tinggal seorang di rumah pun Sk suruh dia masak guna mug aje. Bagusnya masak guna mug ni,  kita boleh memasak mengikut kuantiti yang sedikit tanpa bimbang ia melekat di tepi periuk. Sk percaya,  ramai juga pembaca blog Sk yang tahu tentang kaedah ni,  kan. Tapi,  hari tu masa Sk post gambar ni fb,  ada juga yang belum tahu jadi Sk kongsikan di sini. 


Masukkan beras ke dalam mug atau cawan besi. Pastikan mug yang digunakan tidak mudah pecah.  Sukatan anda boleh cuba dengan kurang separuh cawan.  Jangan letak banyak sangat nanti nasinya melimpah bila telah masak.  Kemudian cuci beras macam biasa hingga bersih.  Letakkan air,  sukatannya seperti kita memasak nasi biasa. 

Dalam inner pot rice cooker,  masukkan air setengah periuk dan masukkan cawan yang mengandungi air dan beras tadi ke dalam inner pot seperti dalam gambar.  Kemudian hidupkan periuk nasi seperti biasa. Jangan lupa ditutup periuknya. 


Perlu diingat tempoh memasak nasi secara double boiler ni agak lama berbanding biasa.  Kalau suis rice cooker telah auto off nasi biasanya belum cukup masak.  Biarkan periuk terus memanas dan wap dalam periuk akan membantu nasi untuk masak.  Atau jika anda tidak yakin,  anda bolehlah tekan semula suis on. InsyaAllah,  dalam tempoh 30 minit,  beras akan bertukar kepada nasi. 

Selamat mencuba 😘




8 comments:

  1. Pernah cuba sekali, tapi habis nasi melimpah ruah hahahahaha..terus geram fedup...masak aje macam biasa senang hahahaha

    ReplyDelete
  2. Menarikkkkk...boleh la cuba nanti...org bujang selalu masalah masak nasi kadang x cukup kadang banyak plak kan...

    ReplyDelete
  3. Wahh, menarik! Thanks kongsi cara ni.

    ReplyDelete
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih