CEMPEDAK GORENG RANGUP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CEMPEDAK GORENG RANGUP

Assalaualaikum...

JADI isu betul buah cempedak sejak akhir-akhir ni kan.
Katanya ramai yang menipu jual cempedak, dahlah mahal, isi tak ada. Adoi, susah nak cakap, kan. Yang si penjual tu pun tak tahulah tahu ke tak tahu cempedak tu tak berisi ek. Takkanlah dia tahu kan, isi cempedak kat dalam bukannya boleh nampak dari luar, hahaha.

Bak kata kawan SK, kan bagus kalau ada orang jual isi cempedak macam jual isi buah nangka tu.

kannnnnnnnnnn...

Sk buat tepung / batter untuk cempedak ni, sama jer macam orang lain.
Tepung beras dan sedikit tepung gandum
Air kapur
Telur
Air secukupnya.

Bancuh sehingga sebati sebelum dicelup cempedak untuk digoreng.

Dulu-dulu selalu jer fail buat batter ni.. sebab apa tau.. sebab gelojoh, tak sabar, nak cepat siap.
Letak tepung tak agak-agak terus setengah bungkus, tuang air satu jag, hahahah.
Adjust tambah tepung lama-lama habis tepung sebungkus. Begitulah.. bukan semua orang lahir terus pandai, kan. Jadi, belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain, tak faham bertanya, gituu.


9 comments:

  1. Suka jugak buah cempedak goreng tapi tak leh makan banyak..semput kang...

    ReplyDelete
  2. Yang tau sama ada cempedak tu bagus atau tidak adalah penanamnya bukan penjualnya.
    Kecuali yang memanan itu yang menjualnya.

    ReplyDelete
  3. Hancur hatiku mengenangkan mu wahai cempedak hahahahah
    Tapi nasib baik 12 biji tu isi besau-besau...kalau tak..memang ku goreng jerami tu aje hahahaha

    ReplyDelete
  4. Hai. Sedapnya cempedak goreng. Paling payah nak jumpa dan quite pricey la jgk. Done follow :)

    https://fiqadira.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, dapat sebijik haritu mak sedara bagi. Isi banyak, puas kami makan :)

    ReplyDelete
  6. Bunda, bila nak goreng cempedak lagi? Nak datang minum petang nih.

    ReplyDelete
  7. esok nak goreng lerr cempedak bawak balik dari kedah ni...nak kena beli tepung beras dulu...air kapur tu wajib ek kak? nak jugak dapat tekstur macam cempedak goreng akak tu..hahahah

    ReplyDelete
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih