JEMPUTAN KAHWIN HARI INI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JEMPUTAN KAHWIN HARI INI

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH..  hari ini dapat memenuhi undangan dari bekas bos Sk,  En Naam yang di adakan di Balai Serbaguna Taman Sri Pulai,  Johor Bahru. Majlis hari ini merupakan majlis menyambut menantu,  terima kasih En Naam atas jemputannya.  

Sk mula kenal dengan En Naam ni tak silap dalam tahun 2005 atau 2006 iaitu selepas dua atau tiga tahun bertugas di Institut Teknologi Perindustrian Bukit Senyum.  Semasa tu Sk antara staf yang ditugaskan untuk memantau pelajar di bawah program kerjasama Felda yang mana ia diketuai oleh En Naam dan En Khata (sekarang Dr Khata). 

Walaupun selepas tiada lagi program kerjasama antara Felda,  kami selalu berjumpa tambahan En Naam diletakkan di unit latihan kemahiran.  Apa yang boleh Sk katakan,  En Naam ni meerupakan antara bos yang sporting dan tidak sombong serta amat disenangi staf bawahannya.  

Apabila Sk dipindahkan bertugas di Kolej Kemahiran Johor,  masa ni barulah betul-betul sebumbung dengan En Naam.  Tapi kini En Naam telah bersama unit lain pulak namun beliau tidak pernah melupakan unit kemahiran yang pernah diterajui sebelum ini. 

Kepada En Naam,  selamat menerima menantu baharu.  Tak apalah,  walaupun Sk tahu bos Sk tak baca pun blog Sk ni,  hihihi,  saja luahan hati dari seorang yang bergelar staf yang terhutang budi kepada bos yang baik hati dan prihatin seperti En Naam. 

Buat kedua mempelai
Selamat pengantin baru,  semoga bahagia hingga ke anak cucus. 

Wassalam. 


3 comments:

  1. Macam mana nak diet kalau setiap minggu jumpa menu kondangan macam ni

    ReplyDelete
  2. da jumpa dengan selamat dewan sri pulai tu ye..hahaha

    ReplyDelete
  3. wah kalau makan kenduri mcm ni mmg sy bertambah2 lauk hehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih