NASI GORENG SEAFOOD UNTUK SARAPAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI GORENG SEAFOOD UNTUK SARAPAN

Assalamualaikum... 

DAH tersampuk nasi goreng agaknya,  hari ini sarapan dengan nasi goreng lagi.  Kali ini Nasi Goreng Seafood pulak.  Tapi ada sotong cenonet dengan udang sekor jer,  hehehe. 


Nasi Goreng Seafood

Semangkuk nasi putih
Udang,  sotong,  kupang dsb
1 telur
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos ikan
Minyak untuk menumis
Garam jika perlu
Sayur campur atau kacang pea

Cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. 
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan seafood,  kacau sebentar. 
4. Masukkan sos tiram,  kicap cair dan sos ikan,  kacau. 
5. Pecahkan telur dan masukkan nasi, sayur campur,  gaul sebati. 
6. Tabur serbuk lada hitam dan tambahkan garam jika perlu. 
7. Kacau hingga sebati,  siap! 



6 comments:

  1. diet ke sis? ke udang tu nampak besar? hihi

    ReplyDelete
  2. udang tu walopun sekor, nampak cam besar lak

    ReplyDelete
  3. nape nampak udang tu macam besar sangat.... uwaaaaa...

    ReplyDelete
  4. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih