NASI LEMAK KUKUS POH TEH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI LEMAK KUKUS POH TEH

Assalamualaikum...



HARI ini ada kawan ajak makan Nasi Lemak Kukus Pok Teh yang terletak di Dataran Larkin,  JB.  Khabarnya ada lobster ko!  Hahaha..  Pukul 12.30 tepat kami dah terpacak depan kedai dengan ruang terbuka tu tapi rupanya lobster tak ada stok pulak, sedih.  


Terujanya kami bila semua pesanan dihantar serentak ke meja.  Bagi mereka yang gemar mengambil gambar makanan tentu suka dengan presentation nasi lemak ini.  Beralaskan plastik lutsinar dan daun pisang, nasi lemak dihidang di dalam bakul.  Memang cantik untuk ambil gambar tapi agar sukar untuk menikmati hidangan yang dihidangkan terutama bagi bakul berbentuk mungkum,  hahaha.  Bakul tu pulak tak reti duduk diam,  ialah,  dasarnya tak rata,  kan..  Kelako. 


Tepuk dada tanya selera..  Hurmmm.. 


Udang Galah pilihan Fidah dan Kak Imah. 


Sotong pilihan Naza


Ikan siakap pilhan Sk 


Sotong juga pilihan Ina. 

Sebab hari ni sibuk tak boleh nak cerita panjang-panjang. 
Bagi tekak Sk nasi lemaknya sedap tak mengecewakan cuma sambal ada rasa hangus sikit,  sikit jer la. Siapa yang nak cuba bolehlah datang ke Nasi Lemak Kukus Pok Teh ni. 



Lokasi : Jalan Dataran 2, Dataran Larkin
Buka setiap hari 12.30 tgh hingga 12 malam

10 comments:

  1. Uikkk...nampak sedap tu ha...takde lobster takpe kot..yang lain2 tu pun dah cukup best kan...

    ReplyDelete
  2. menariknya kak! suka plating dia!

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik.
    Kalau ada masa nak singgah ler hehe

    ReplyDelete
  4. Nak order nasi lemak kukus udang galah.

    ReplyDelete
  5. Dari haritu nak mencuba dengan geng sekolah, tapi tak pergi-pergi lagi hahaha minggu depan nak gi laaaa..tak silap kat PG ni pun adaaa

    ReplyDelete
  6. akak, sila post ke KL tauuu.. hahahah...terliur tengokkk

    ReplyDelete
  7. Pergh nasik lemak dengan udang galah... Mengancam

    ReplyDelete
  8. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih