'NYONYA PERGI MAKAN' BUFFET PROMOTION AT PULAI SPRINGS RESORT - Alam Sari Di Tanah Jauhar

'NYONYA PERGI MAKAN' BUFFET PROMOTION AT PULAI SPRINGS RESORT

Assalamualaikum... 

TIDAK kira sama ada meraikan sahabat,  keluarga atau orang yang tersayang,  makan-makan pastinya menjadi salah satu agenda yang terpenting dalam senarai. Terasa janggal meraikan sesuatu tanpa acara makan malah ianya juga saat yang paling sesuai untuk berkumpul seisi keluarga sambil menikmati hidangan lazat dan menyelerakan. 

Pulai Springs Resort Johor Bahru,  September ini akan membawakan hidangan bercitarasa peranakan yang menggabungkan selera tradisi baba dan nyonya.  Dengan tema 'Nyonya Pergi Makan', apakata bawa keluarga tersayang menikmati air tangan Chef Barnitus Ang, anak jati Peranakan dari Melaka yang berpengalaman 37 tahun sebagai chef terkemuka yang telah bekerja dengan hotel bertaraf lima bintang termasuklah di Brunei dan Mariana Islands.


Bergandingan dengan Executive Chef Kenny Lim dari Pulai Springs Resort,  kolaborasi dua chef berpengalaman luas ini akan menyediakan masakan tradisi Nyonya dan kontemporari. Ia termasuklah seksyen Salad dan Sup,  masakan utama,  pencuci mulut dan 'Action Stall' yang menyediakan secara langsung Ikan Siakap Nyonya Asam Pedas dan Nyonya Curry Laksa.




Ikan Siakap Nyonya Asam Pedas yang disediakan secara langsung di hadapan tetamu.  Menurut Chef Kenny Lim,  Asam Pedas Nyonya menggunakan buah keras sebagai ejen pemekat kuah asam pedas dan satu bahan rahsia resepi peranakan asli. 



Nikmati kelainan rasa Nyonya Curry Laksa yang pekat dan memikat.  Rasa kuah kari yang sangat seimbang sememangnya kena dengan gandingan mee kuning dan tauhu pok yang menjadi kegemaran peminat mee kari. 








Antara masakan Nyonya yang turut diketengahkan adalah Nyonya Nasi Ulam,  Ayam Pongteh,  Sambal Udang Petai,  Sotong Masak Lemak Cili Api,  Terung Sambal Udang Kering,  Telur Cincaluk,  Nyonya Chap Chai dan Sup Ayam Kentang. 









Tidak dilupakan pembuka selera seperti Salad,  Rojak Buah,  Acar Mentah Nyonya,  Kerabu Telur Goreng,  Kerabu Soo Hoon,  Otak-otak,  Ulam-ulaman,  Sambal Belacan dan Keropok. 






Manisi hidangan anda dengan aneka pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka,  Bubur Cha Cha,  Kedondong Asam Juice,  variasi Nyonya Kuih,  Jeli,  Buah-buahan,  Cocktail dan banyak lagi. 



Nyonya Pergi Makan Buffet Lunch & Dinner
Harga RM35 bersih dewasa
RM17.50 bersih kanak-kanak

Dengan setiap pembelian 5 dewasa percuma 1 dewasa. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan,  sila hubungi 07 521 2121 atau 
Whatsapp +6016 733 2918 (Restaurant Manager)  
atau menghantar email ke : enquiry@pulaisprings.com

Maklumat lanjut layari www.pulaisprings.com

*semua harga bersih dan termasuk SST

6 comments:

  1. Ya allah...SA x leh tgok..scroll laju2 sampai kotak komen..tgh dalam pantang tak leh makan pedas2, no daging, no seafood....sedihnyaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Haaa Nyonya Dah pun pergi makan, kita bila lagi? Hehehehe murahkan Kak, rm35 aje kan., makan pun banyak dan puashati!

    ReplyDelete
  3. belanja iols wahai mak inche.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Asam pedas dia sedappp bundaa! Fuhhh. Style!

    ReplyDelete
  5. saya baca entri ni, rasa macam tengah jadi pengacara dokumentari kat TV...berangan kejap..hahahha

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih