PES RENDANG MAK PON YANG SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamulaikum...

TAK rayalah kalau tak ada rendang, kan. Tak kira sama ada sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, di atas meja, rendang wajiblah terhidang. Kalau dulu Sk suka rendang yang agak basah namun kini Sk terikut-ikut dengan citarasa Pak Inche yang sukakan rendang yang kering sepertimana masakan ibu mertua Sk. Kalau beraya di Kedah, selamatlah Sk tak perlu memasak rendang. Habis-habis pun cuma perlu potongkan daging sahaja tapi kalau beraya di Johor, kena juga sediakan rendang untuk Pak Inche walaupun ibu Sk juga menyediakan rendang. Ini kerana rendang ibu dimasak hingga tiga perempat kering sahaja. Tambahan, sejak tahun lepas ibu suka masak rendang nasib yang tidak digemari Iman. Jadi, kenalah kita merendang sendiri untuk anak dan suami, hihi.

Sebenarnya, sejak balik dari beraya di Kedah, Aidilfitri lepas, Pak Inche beberapa kali meminta Sk memasakkan rendang untuk dimakan bersama lemang yang dijual di persekitaran taman perumahan Sk. Namun, asyik ternanti.. nanti dan ditambah sibuk menyediakan persiapan untuk Iman berangkat ke Politeknik maka sudahnya hasrat untuk merendang tidak kesampaian. Mujurlah tiada siapa yang kempunan tak dapat makan rendang Sk, hehe. Jadi, raya haji ni, sibuk atau tidak, misi rendang harus dijayakan, hahahaha.

Jadi, hari Sabtu petang selepas melayan kehendak Iman yang lama tak pergi Paradigm Mall, JB katanya, kami ke Pasaraya NSK untuk membeli daging lembu segar. Memang dah beberapa kali kami akan ke sini untuk membeli lauk basah termasuklah daging lembu segar kerana sangat berpuas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan berbanding membelinya di pasar basah. Pak Inche bertanya Sk tentang bahan-bahan lain sebagai rempah rendang namun Sk cuma kata semuanya telah Sk siapkan awal-awal. Ya, semuanya dah siap awal sejak lepas raya puasa lepas, hahahaha.


Syhhhh! Yang sebenarnya sejak plan nak buat rendang tu, Sk dah beli Pes Rendang Mak Pon ni dari rakan sekerja Sk. Pes ini telah lengkap semua bahannya tau dan tak perlu ditumis, kita cuma perlu masukkan santan, asam keping dan kerisik sahaja serta garam dan serbuk perasa. Maka, Sk yang M beso ni sangatlah teruja.. kahhhhh.

Jadi, malam raya tu Sk mengerah tenaga Pak Inche untuk membantu potongkan daging sementara SK membersihkan ayam untuk dimasak soto esok paginya. Rasanya hamper dua kilo jugaklah daging yang digunakan untuk memasak rendang ni. Siap dipotong Sk terus masukkan daging yang telah dicuci terlebih dahulu ke dalam kuali. Ya Allah, senang gilerrrr.. tutup mata pun boleh, hahaha. Masukkan daging dalam kuali besar, masukkan pes rendang Mak Pon, masukkan santan (Sk guna santan kotak besar sebanyak lebih kurang 750ml) dan Sk tambah air sehingga memenuhi kuali. Kebetulan Sk memang ada stok cili dan bawang kisar, yang itu Sk tambah dua senduk. Buka api, kacau sekali sekala supaya tidak hangus ditepi dan dasar kuali.


Dalam keadaan masih basah-basah ni Sk masukkan satu asam keping dan dua sudu besar hirisan gula melaka. Ada orang suka masukkan daun limau purut dalam rendang tapi SK lebih suka gunakan daun kunyit. Kemudian masukkan kerisik, bila dah mula mengering bolehlah tambahkan garam dan serbuk perasa jika suka. Dia punya bauuuuuuuu…. sampai Pak Inche asyik tanya bila boleh makan sebab dia telahpun siap membeli lemang, hahaha.

Bila kuah rendang mulai mengering, jangan pulak tinggalkan dapur agar tidak terjadi penyesalan. Maka melangutlah SK depan kuali sampai pukul dua belas malam barulah SK matikan api. Masa tu belum kering betul tau rendangnya, kena sambung keringkan lagi esok pagi sampailah jadi 


Sori berlori.. tak ada gambar Rendang Posing Single, hahaha.
Yang pasti Pes Rendang Mak Pon ni memang SK rekomen sangatlah untuk siapa-siapa yang pemalas macam Sk, hahahaha. Senang kerja dan sedap pulak tu, puas hati sangat, baru RM10 sebungkus berbanding tenaga nak mengupas dan mengerjakan bawang, halia, lada segala tu, hahaha.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA pun suka la pes2 keluaran mak pon...biasa beli kat shopee jer..next bleh cuba try la pes rendang plak

    ReplyDelete
  2. kalau pes Mak Pon pernah cuba mee bandung dia aje, pes rendang tak pernah pulak jumpa..nanti nak kirimlaa Mak Inche...
    Kita masak daging, lembutkan kejap dalam Noxxa 10minit, pastu baru reneh dalam kuah, malas nak tggu empuk mak inche hahahaha

    ReplyDelete
  3. wah bagusnya produk ni. belum sampai lagi kat kedah ni. atau pun kami yg belum pernah jumpa. huhuhu

    ReplyDelete
  4. saya pun suka mkn rendang kering.
    done follow SK's blog...
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap Tu 😋 SK..
    Mudah kerja mak2 zaman skrg 🤩

    Salam Eiduladha buat SK sekeluarga 😍

    ReplyDelete
  6. Ohh bundaaa ku. Nak datang makan please! Sedapnyaaaa.

    ReplyDelete
  7. hahahaha, kalo saya pulak, dulu2 time duduk KL dengan laki, last minute orang nak mai beraya, guna pes rendang Adabi tu...sama lah macam mak pon ni, tambah santan, daun kunyit tu aje...senang khennnnn

    ReplyDelete
  8. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!