EMBAH JID MAHU BERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020 - Alam Sari Di Tanah Jauhar

EMBAH JID MAHU BERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF
SEMAKIN KETANDUSAN

SK MELALUI zaman remaja dengan lagu irama melayu 1990-an, 
seperti lagu-lagu Noraniza Idris dan
Dato' Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah di mana irama Malaysia
telah bermula sejak era 80-an lagi. 

Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik
yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper
dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak
seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung
legasi.

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada
sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk
diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU
MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50
tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga, Muar, Johor.
Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian
sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK
JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID"



KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya 
dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG 
BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah 
melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru"


PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



Melihat profil beliau, terasa bangga dengan segala 
pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di 
dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka 
disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai 
lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, 
Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa 
Cinta".



LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN 
EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana 
satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di 
hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu 
berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan 
kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan 
tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan 
bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu)
3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin 
Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan 
arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. 
Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid 
dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni 
tarian irama Malaysia.


Ikuti 


4 comments:

  1. lagu irama Malaysia ni kita suka lagu2 tok ti dengan noraniza idris la kalo dulu2...

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan nanti anak-anak muda suka nak menyanyi dan mendengar irama malaysia ni..

    ReplyDelete
  3. Tahniah embahjid semoga urusan lagu joget nanti berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  4. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih