MAKAN DI SEAFOOD RESTAURANT PASIR PUTIH BARU, SANDAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...


SANDAKAN,  bandaraya yang terkenal dengan hasil lautnya yang segar lagi murah. Ia kini dikatakan mula menjadi tumpuan ramai pelancong untuk menikmati makanan laut yang lazat dengan harga yang amat berpatutan.  Salah satu restoran makanan laut yang Sk singgah ketika Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan baru-baru ini adalah Restoran  Makanan Laut Pasir Putih Baru yang terletak di Jalan Batu Sapi,  Sandakan. 


Menikmati makanan laut sambil ditiup bayu laut pastinya antara tarikan yang menggamit pelancong untuk menjamu selera di sini.  Kedudukan Restoran Pasir Putih Baru ini juga tidak jauh dari bandar Sandakan yang hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit dengan menaiki kenderaan. 


Wahhhh..  Itulah yang terluah dari bibir masing-masing bila hidangan pertama terhidang di atas meja. Ia merupakan hidangan utama iaitu Mee Sarang Lobster atau Yee Mee goreng bersama lobster atau udang kara yang dikukus serta disirami pula dengan kuah sup ala kantonis.  


'Camera eat first'
Tagline para blogger.  Jadi,  walaupun hidangan dah terhidang di depan mata,  cuma boleh tengok dan ambil bau saja
😁😁😁


Nyummm..  Isi lobster yang longkah, terus tertanggal dari kulit apabila dicucuk dengan garfu.  Sungguh kreatif memasak  lobster bersama mee yang bolehlah dicuba apabila pulang ke Johor nanti. 


Ikan Kerapu tentunya menggembirakan penggemarnya. Ikan dikukus sempurna dengan cara halia serta taburan daun bawang yang banyak sebagai penambah selera.  


Udang Harimau segar dikukus begitu sahaja. Rasa manis udang kekal tanpa perlu menyediakan rencah yang banyak.  Bagi penggemar udang tentu puas menikmati udang dengan sos istimewa yang disediakan bersama.


Ketam sentiasa berada dalam kelasnya yang tersendiri.  Dimasak ala Ayam Garam yang terkenal , Ketam Bakar Garam ini sungguh enak dimakan...  sambil menjilat jari uiii. 


Sk sudah kekenyangan apabila Sotong Masak Kicap ini dihidangkan namun bagi tidak mengecilkan perut 😂 kuatkan semangat untuk menjamahnya. Benar kata Max,  rakan media yang bersama dalam trip ini,  sotong ini perlu dinikmati bersama nasi putih bagi menyerap rasa masin kicap.  Terpaksalah Sk ambil nasi sesudu dua dan ternyata tidak menyesal mencuba hidangan sotong yang segar ini. 


Bagi mereka yang tidak gemar atau tidak boleh menikmati hidangan laut,  anda boleh mencuba hidangan ayam ala Hainan ini.  Dengan percikan sos soya yang ringan serta minyak bijan dihidangkan bersama bunga kubis ia benar-benar menyempurnakan hidangan kami pada tengahari itu. 



Dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 11.00 malam
Alamat : Jalan Batu Sapi,  Mile 2.5, Sandakan,  Sabah

Ikuti pengalaman rakan media yang lain dengan menyentuh tanda pagar
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates










Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduuhhh... Lapar balik tengok gambar-gambar di atas.. Yummy! Sedapnyerr

    ReplyDelete
  2. Lobster tu memang fresh, nanti kena visit lagi ni bawa family pula 💗😘😘

    ReplyDelete
  3. ketamm tuuuu. mengugat iman haha. Bestnya kalu dpt pegi and spend duit dkt seafood

    ReplyDelete
  4. Lobster segar sangat! Tapi ....kurang enak bagi tekak Sis Lin sebab di masak bersama dengan mee tu, sebabnya rasa mee tu telah menenggelamkan rasa lobster itu...tu tekak Sis Lin hehehehe

    ReplyDelete
  5. kita paling suka udang dan ketam tu!!!

    ReplyDelete
  6. Aduh tiba tiba rasa lapar baca posting kak seri ni hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!