MELIHAT ORANG UTAN DAN BERUANG MATAHARI DI SEPILOK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

HARI ke empat di Sandakan bermula agak lewat dari dua hari sebelumnya. Tetapi disebabkan dah terbiasa bangun awal, Sk bangkit awal juga sambil bersiap pelan-pelan. Mulanya janji dengan Sis Lin nak turun sarapan pukul 8 memandangkan bas cuma akan mengambil kami jam 9, tapi disebabkan dua makcik ni dah siap dan dah bosan tunggu sambil ketik handphone, kami turun sarapan pukul 7.30. Bolehlah Sk makan lambat-lambat dan kunyah 44 kali, hahaha. Kawan-kawan SK memang faham sangatlah SK ni jenis makan lambat dan tekun, hahahaha.

Orang Utan Rehabilitation Centre


Destinasi pertama kami ialah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok atau Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre (SOURC) yang terletak di Hutan Simpan Sepilok , 24 km dari bandar Sandakan. Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada tahun1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.

Untuk melihat sendiri orang utan ini, kami perlu berjalan antara 10 hingga 15 minit meniti laluan papan menuju ke pelantar yang dikelilingi hutan. Tapi, sebelum tu kenalah bersihkan tangan dulu dengan menggunakan hand sanitizer yang disediakan di pintu masuk.


 Sepanjang laluan papan ni ada beberapa papan tanda yang menunjukkan aktiviti di pusat rehab ini termasuklah jugak nama beberapa anak orang utan yang dipelihara di sini serta maklumat tentang orang utan tersebut. Ini.. Kalabatu..... uii.. comelnya awak Kalabatu.



Dapatlah juga menyaksikan tempat tinggal yang dibina sendiri orang utan ini dari daun-daun pokok sebagai alas tidur atau untuk mereka berehat. Sebenarnya orang utan yang masih tidur di sarang macam ni dikatakan belum pandai berdikari dan belum boleh dilepaskan ke hutan.





Disebabkan waktu makan telah hampir sampai, maka kebanyakan pengunjung mula memenuhi kawasan hadapan pelantar untuk menyaksikan orang utan yang macam tahu-tahu sahaja waktu makan dorang, hahah. Eh, sebenarnya memang dorang ni dipanggil makan pun tapi Sk syak hari tu ramai yang puasa, hahahaha. Oh, ya.. waktu makan dua kali sehari sahaja iaitu pukul 10 pagi dan 3 petang.

Puaslah penjaga mereka ni panggil makan tapi seekor jer yang datang. Mogok lapar ke budak-budak ni? Yang kelakarnya, orang utan ni siap melambai pada satu arah, mungkin dia nampak kawannya kot, lalu memanggil.. oiii.. marilah makan!




Orang utan yang ditempatkan di SOURC ini walaupun diberi makanan setiap hari namun mereka dibiarkan hidup secara semula jadi. Ternyata pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali dengan tujuan utama pusat ini iaitu membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila masanya sesuai.



Di sini ramai sikit tapi di sini kami lihat dari bangunan berkaca. Melihat aksi orang utan ni boleh membuatkan kita terhibur dan tertawa. Ada yang buat aksi bintang sambil bergayut pada tali, ada yang mencari kutu kawan, ada jugak yang tidak menghiraukan yang lain dan hanya tertumpu pada makanan sahaja. Yang paling kelakar apabila melihat sepasang orang utan yang sedang dilamun cinta, pehhhh.. kemahen romantik lagi si jantan mencium tangan makwenya dengan penuh kasih sayang, kahhhh. Ialah, waktu bercinta ni bolehlahkan layan, hahaha.

Untuk maklumat lanjut tentang SOURC ini anda bolehlah melayari laman 


 Borneon Sun Bear Conservation Centre


Selepas menyaksikan tayangan video yang disediakan kepada pengunjung,
kami bergerak ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari (Borneon Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)). BSBCC dikelilingi oleh Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan berkongsi kemudahan veterinar, kakitangan, tempat letak kereta, jalan masuk dan pintu masuk tiket. 



 Tujuan BSBCC adalah sebagai pusat pemuliharaan dan penyelidikan hidupan liar untuk meningkatkan kebajikan haiwan dan pemulihan beruang matahari Tanah Melayu (Helarctos malayanus). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keadaan beruang matahari dan meningkatkan kesedaran pemuliharaan tentang spesies dan menyaksikan kehidupan beruang unik dengan kolar oren di dada ini.


BSBCC ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan keuntungan di Sabah pada tahun 2008. Ia diasaskan oleh Dr Wong Siew Te yang merupakan seorang ahli biologi hidupan liar yang menjalankan kajian tentang beruang madu di Borneo. Dengan hasil kerjasama dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan juga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Land Enpowerment Animal People (LEAP), Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo telah berjaya ditubuhkan.


Misi BSBCC bukanlah sebuah zoo atau sekadar tarikan pelancongan, tetapi sebuah pusat untuk meningkatkan kebajikan haiwan, pendidikan, penyelidikan dan pemulihan dengan menyediakan persekitaran hidup jangka panjang yang lebih baik. Pengalaman melihat sendiri beberapa ekor beruang madu terperangkap dalam keadaan yang menyayat hati memberikan sumber inspirasi kepada Dr Wong untuk menubuhkan pusat ini.



Pada masa yang sama, pusat ini bertujuan untuk menjadi asas yang kuat untuk mendidik orang ramai mengenai penderitaan beruang matahari bagi meningkatkan kesedaran pemuliharaan tentang spesies ini di samping melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang spesies ini.




Melalui penyelidikan yang berterusan, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran, dan melindungi habitat selanjutnya, pusat ini mahu mencapai peningkatan perlindungan terhadap beruang matahari dan habitatnya.



Mary, Si Beruang Madu yang peramah. Beruang madu juga dikenali sebagai Beruang Matahari (Sun Bear kerana mempunyai kolar unik berwarna jingga di bawah lehernya dengan bintik hitam.
Bila tengok Mary ni terus teringat satu kes yang berlaku tahun ini di mana seorang celebriti dikatakan memelihara beruang madu di dalam rumahnya. 

Nota : Beruang matahari berada di bawah Jadual 1 senarai spesies hidupan liar yang Paling Dilindungi di Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Maksudnya, membunuh, memelihara beruang, atau memiliki bahagian badan seperti kuku dan pundi hempedu boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM50,000. Pada masa lalu, banyak beruang matahari telah ditangkap dari alam liar dan disimpan sebagai haiwan peliharaan dalam sangkar. Secara aktif dirampas oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah atau secara sukarela diserahkan kepada BSBCC, pusat yang menyelamatkan beruang ini, dan memberikan mereka penjagaan dan kemudahan yang sesuai untuk hidup.


Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Syoknya sepilok. Dulu teringin gila nak pegi sabah sebab sepilok. Masa tu tau sabah sebab kinabalu mount dgn sepilok je. haha skrg dah tau sabah ada mcm2 rupanyaaa. yg penting sabah mmg tempat paling nak pegi sebelum mati gituuu. inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Tnggu punya tunggu orang utan, sekali yang datang monyet hahahahaha..
    Rezeki kita kan Kak dapat juga tgk sunbear tu datang mendekat..cute sangat...

    ReplyDelete
  3. tak menahan orang utan tu siap berkata² lagi..heheheehe

    ReplyDelete
  4. best dapat tengok live tapi rasa takut tu ada nak dekat. huhu

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakar lerr time beruk tu datang makan...semua mengeluh kuat2, sebab ingatkan orang utan...🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!