SATU MALAM DI RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...


SEMPENA Cuti Hari Keputeraan YDP Agong pada 9 September lepas, Pak Inche mengajak Sk tidur semalam di Renaissance Hotel Johor Bahru. Saja rehat-rehat katanya, best jugak idea tu, kan. Jadi, tidak usahlah Sk memikio apa nak masak untuk sarapan di hari cuti tu, yabedabeduuuuuuuuu!


Disebabkan hari Ahad tu Sk masih bekerja dan Pak Inche bercuti (syarikat Pak Inche menukar cuti hujung minggu ke Sabtu Ahad), jadi Sk hantar Pak Inche pergi check-in hotel lebih awal. Kiranya Sk hanya turunkan Pak Inche di lobi jerlah. Jadi dua gambar di atas ni Pak Inchelah yang tukang snapnya, tu yang tak berapa nak lawo tu, hahahha. 

Cantik, kan bilik di Renaissance Hotel Johor Bahru. Siap boleh amcak dari dalam bilik air. Jangan risau, ada pintu gelongsor yang boleh tutup kaca lut sinar tu. Yang kelakar, SK langsung tak sedar pasal dinding kaca ni sehinggalah SK nak mandi baru perasan ada dinding kaca di dalam (sebab Pak Inche dah tolak pintu gelongsor tu)


Design meja ni mengingatkan SK pada Renaissance Hotel Kota Bharu, Kelantan yang pernah SK sekeluarga inap semasa bercuti ke Kelantan beberapa tahun lepas. Rasa rindu pulak nak pergi Kelantan tapi Renaissance Kota Bharu pun dah lama ditutup.


Ciri-ciri moden diterapkan pada kelengkapan bilik air. Tuala rambut dan pengering rambut turut disediakan. Jadi, taklah kita lap dari hujung rambut sampai hujung kaki guna tuala yang sama, hahahaha. Sk sendiri setiap kali pergi bercuti ke mana-mana akan bawa tuala kecil sendiri kotlah tak ada tuala rambut disediakan sebab Sk geli nak guna tuala yang sama lap rambut dengan badan, heheheh.


Suka tengok label kotak sabun buku tu, cantik dan klasik. Haa.. kalau datang sini semua dah lengkap dah termasuk berus gigi, boleh pakai buang, senang. Tapi janganlah harap berus gigi hotel sama rasa macam berus gigi systema ya, hahaha. Yang pasti berus giginya sedap jugak dipakai,  taklah rasa macam berus gigi kedai RM2.


Dah duduk hotel, kenapa tak makan malam kat hotel? Siakap jugak yang kau cari ya Pak Inche, hahahha. Pak Inche kelaparan, satu hari tak makan dah katanya, Bobalicious tak mampu nak mengenyangkan perut. Jadi, dia ajak SK makan di Restoran Siakap Goreng Rahmat.


Bila tengok laut, macam tenang aje hidup ni walaupun di dasarnya bergelora. Tak percaya, cubalah terjun nak tahu gelora ke tak gelora di dasar laut tu. Sk dah rasa dah masa terjun laut kat Belitung dulu, nampak tenang jer permukaannya rupanya di bawah bukan main laju dia tolak kita.


Dah banyak kali SK tulis tentang Siakap Rahmat ni, kan. Seperti biasa servis yang laju, tak lama menunggu semua lauk terhidang di depan mata. Masa ni cuma sayur kailan ikan masin yang belum sampai. Dan kali ni jugak kami tak buat pesanan lauk macam selalu. Saja nak ubah citarasa, kami pesan Sotong Bakar Sambal dan Udang Masak Lemak Cili Padi. Kedua-dua ni antara menu baru di Siakap Rahmat. SK perasan harga makanan dan minuman pun dah ada kenaikan sikit.


Seperti biasa, pakej penginapan disertakan dengan sarapan untuk dua orang. Terkojut Sk tengok buffet sarapan Renaissance Hotel JB dah macam Buffet Dinner Fridays & Saturdays yang selalu Sk review tu uiii. Tengoklah dalam pinggan SK ni, menu American Breakfast jer dah ada 9 pilihan. Sk takde pilih-pilih, 9 9 jenis masuk pinggan, hahahha.. dasarrrrrrrrrrrrr!


Sedap giler Mac & Cheese dia, siap tambah lagi, kali ni ambil sikit mee goreng, perghh.. cam kedai mamak dia punya pergi!


Latte dan hasil bakeri di Cafe BLD. Walaupun selalu jer datang makan di sini, tapi ini pertama kali SK cuba muffinnya, sedap gilosssssss.. patut dari dulu dah cuba. Banyakkkkkk lagi yang Sk tak cuba, tak muat dah perut dah dah umur macam ni memang tak larat dah nak makan banyak.
Sk memang rekomen sangat siapa datang JB supaya stay di Renaissance Hotel ni dan merasai sendiri pengalaman sarapan pagi di Cafe BLD,  berbaloi-baloi tau! 


Pandangan kolam renang dari Tingkat 9. Tanya Pak Inche, bawa seluar renang tak? Dia kata bawa, lepas tu dia tanya, Sk bawa tak?

Krikkkk krikkkk krikkkkk

Nanti Iman balik kita bawa dia ke sini ya Pak Incheeeeeeee :) 





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haha.. adoi lawak la mak inche ngan pak inche ni.. nasib baik pak inche nak amik kan gambo bilik tu.. helok la jugak.. kalau dia dah siap baring landing baru amik gambar buat membara jer hati kan.. haha

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa. spend sehari dkt hotel rehat2, tinggalkan kerja semuaaa

    ReplyDelete
  3. mak ai...breakfast dia pun macam dinner ekkkk

    ReplyDelete
  4. Nasib baik jugaa Pak Inche nak layan amik gambar hahahaha
    Puashati bayar mahal tapi makan dan tempatnya selesa kannn

    ReplyDelete
  5. ammi pernah tinggal kat sini sehari je..itupun office taja sebab buat annual dinner kat JB.

    ReplyDelete
  6. Ok nanti kalau nak pi trip kat JB bleh la stay kat sini..makanan tu semua..aduhai...masuk wishlist la kedai pak rahmat tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!