DI JOHOR ADA KE JUAL COCONUT SHAKE SEDAP?

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...


SIAPA kata tak ada?
Kalau anda berada di Gelang Patah dan tetiba teringin nak menyedut segelas Coconut Shake yang sedap,  jomlah kita sekali lagi singgah ke Medan Selera Iskandar Malaysia iaitu di R&R Coconut Shake. Di sini bukan sahaja ada Coconut Shake tau tapi juga ada Mango Shake dan Green Tea bagi peminat green tea. 


Pilih nak yang mana satu? 
Bagi Sk semuanya sedap untuk disedut walaupun ketika cuaca hujan,  hahahah. 


Ais yang dikisar bersama isi dan air kelapa muda bersama satu skup ais krim vanila di atasnya.  Sedut punya sedut tak sedar habis segelas,  hehehe. 


Bagi peminat green tea,  anda pasti sukakan rasa green tea yang harum serta lemak susu yang bergabung di dalam segelas minuman ini. 


Terjatuh cinta dengan Mango Shake sampai terbeli segelas lagi,  hihihi. Menggunakan buah mangga yang ranum dan harum, ia dikisar bersama susu dan ais dan bagi membangkitkan rasa anda bolehlah kaut potongan-potongan mangga di dalam minuman ini. 

Selain dari tu banyak lagi minuman lain yang boleh anda dapati di sini seperti boba dan cincau yang menjadi kegilaan.  Ada juga corn in cup,  waffle, durian crepe dan pelbagai kudapan lain yang menyelerakan. 

Jom lah kita ke R&R Coconut Shake
Medan Selera Iskandar Malaysia
Gelang Patah,  Johor. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mango shake & coconut shake tu suka..greentea tk suka

    ReplyDelete
  2. Kat Seremban pun sama ada satu je tempat coconut shake sedap...

    ReplyDelete
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!