NASI ROYALE JB - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI ROYALE JB

Assalamualaikum...


SK TAK ingatlah dah cerita belum tentang Nasi Royale JB ni di sini tapi kalau dah pernah cerita anggap sajalah ia siaran ulangan ya.  Hahaha..  Memang boleh dianggap siaran ulangan pun kerana ini kali kedua Sk makan Nasi Royale JB ni.  Kalau kali pertama dulu,  Sk makan di kedai,  tapi kali ini Sk tapau dan makan di rumah. Anda boleh tengok post IG Sk sebelum ini

JOHOR DAH ADA NASI ROYALE

Nasi Royale ni asal usulnya dari utara. Boleh dikatakan setiap kali ke Alor Setar,  Pak Inche suka sangat singgah makan di Nasi Royale.  Dulu,  Sk diberitahu ia merupakan nasi lemak,  hurmm..  tengok pada rupa adalah sikit warna nasi lemak dengan warna putih kekuningan tapi tak ada pulak rasa nasi lemak.  Rupanya lemak yang dinaksudkan datang dari minyak sapi.  Kiranya nasi ini adalah nasi bertumis gitu.  Sk agak kurang gemar,  boleh dikatakan Sk hanya meneman Pak Inche makan,  mungkin setiap kali singgah situ Sk dah kekenyangan, sampai tak larat lagi nak makan,   hahaha.


Tapi,  sejak ada Nasi Royale ni di Johor teruslah pulak tersuka tanpa sengaja.  Lagi-lagilah bila dapat lauk macam ni,  kan..  Ada sotong,  ayam, bendi dan kalau rasa nak pedas gigitlah cili hijau tu.  Tapi cili hijau sekarang rasa macam ulam, jer kan,  tak pedas langsung.


Bila kita tapau,  bayangkan nasi dengan limpahan kuah campoq meresap dalam bungkusan. Nikmatnya memang dua kali ganda tau,  hahahaha.

Bagi Sk,  Nasi Royale JB ni memang sedap cuma mungkin agak mahal, la berbanding di utara nun.  Mungkin kos sara hidup di JB ni pun mahal,  tapi sekali sekala apa salahnya tukar selera. Dan,  kalau anda yang tak pernah makan stail utara,  masa pesan tu anda cakap je macam ni...

Kuah campoq na!!
😂😂😂

Tak royale la kalau tak campoq kuah sampai banjir!


Paling best, kebersihan di Nasi Royale JB ni memang tip top tau! 

Kalau anda nak datang, jangan lambat sangat sebab lauknya cepat habis.  Walaupun dibuka sehingga pukul 4, takut nanti anda cuma berbalas senyum jer dengan tuan kedai,  hahahaha. 

Nasi Royale JB
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
11.30 pagi hingga 4.00 petang

Lokasi : 
Keropok Losong/Karipap Panas Skudai
Bersebelahan dengan Masjid Batu 11, Skudai dan Balai Polis Skudai. 


9 comments:

  1. adik kita rajin gi.. kita tak pernah try lagi..kecur pulak tengok..

    ReplyDelete
  2. Wowww3.....nice info! Baru rasa Royale gituhhhh

    ReplyDelete
  3. Dah makan sekali sebelum ni, kawan bagi tapi bungkus, masa tu kita tak tau nasi royale, tengok semua bercampur, blur kejap masa tu nak makan hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi..nampak macam nasi kandar..aduhai lauk sotong tu...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. perghhh kuah dia dah tak nampak nasik dah..hahahhaha

    ReplyDelete
  6. Makin viral dah Nasi Royale ni.

    Tapi bila tengok aduh bertimbun pula dengan kuah 😅

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih