TUKAR BATERI.. PERLU KE?

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum... 

DIAM tak diam,  akhir tahun nanti genaplah dua tahun Sk membeli kereta Perodua Bezza bagi menggantikan kereta Hyundai Matrix kesayangan Sk dulu. Sk memang tak pernah cerita dalam blog ni tapi Sk ada kongsi di mukabuku, siapa yang friend di mukabuku tu tahulah, kan..

Hurmmm.. kata kesayangan, tapi kenapa tukar?
 Maklumlah kereta, kan.. sayang tak sayang, kalau asyik meragam terpaksa jugaklah dilepaskan.
Dan pilihan Sk adalah Bezza dan ramai jugaklah yang terkejut dari kereta import bertukar ke kereta tempatan.

Ialah, duluuu masa pakai Matrix tu, Sk berkongsi bayar dengan Pak Inche.
Masa tu kami pakai satu kereta saja, ke hulu ke hilir berdua bertiga.
Pagi-pagi, Pak Inche hantar Iman pergi sekolah, hantar Sk ke pejabat Sk , lepas tu barulah dia masuk pejabat.

Petangnya pulak, Pak Inche ambil dulu Sk di pejabat dan patah balik semula ke pejabatnya sebab Sk balik kerja pukul 5 dan Pak Inche balik kerja pukul 6. Kena tunggu pula Iman balik sekolah agama pukul 6.30. Memang masa tu tiap harilah pergi kerja dengan bulan, balik dengan bulan. Itu belum lagi kalau Pak Inche bertugas di stadium.

Eh, masa tu belum zaman kegemilangan JDT lagi. Stadium Larkin pun kosong. Biasanya Pak Inche akan hantar Sk balik ke rumah mak dulu sampai pukul 12 malam nanti barulah dia datang ambil. Kadang-kadang, game di Stadium Pasir Gudang. Biasanya kalau di sana, Sk dan Iman akan ikut sekali, Iman siap buat homework kat sana sambil tengok bola. Itu belum lagi kalau hari yang Iman ada tuisyen atau kelas tambahan, lagilah macam apa, boleh dikatakan masa kami ni lebih banyak habis di jalanraya dari di rumah. Rumah tu tempat tidur dan salin baju ajelah, macam hotel, huhu.Kalau dikenangkan kepayahan dulu memang rasa ohsome sangat sebab kami mampu meredahnya. Sebab tu, kalau baca keluhan budak-budak sekolah sekarang pasal penat pergi sekolah la, pergi sekolah agamalah, mengajilah, tuisyenlah, rasa macam nak jotos-jotos aje. Cakap jerlah kau pemalas nak pergi tuisyen, mengaji semua tu sebab dekat rumah boleh main telefon kan! Geram pulak kita, hahaha.

Lepas tu kami beli kereta kedua. Masa ni struggle jugaklah Pak Inche tu membayar. Apa taknya, Matrix pun bayar (separuh), dan bayar kereta lain lagi. Tapi, kali ni kehidupan kami lebih teratur, tak kelam kabut macam dulu. Kali ni Sk yang hantar Iman pergi sekolah tapi bukan bererti Pak Inche lepas tangan. Iman pun dah habis sekolah agama masa tu, jadi Pak Inche yang akan ambil Iman balik sekolah, hantar ke pejabat Sk. Sampailah kereta Matrix dah habis bayar, setahun jugaklah Sk merasa bebas dari hutang kereta. Tapi yang teruknya Pak Inche lah menanggung maintenance Matrix tu. Tiap bulan ada je pe'elnya yang tak boleh dibawa berbincang, hahaha. Tu yang sudahnya bertukar ke Bezza, pilih Bezza sebab komitmen bulanannya rendah. Kali ni pulak kena bayar sendiri sebab SK yang bersungguh nak tukar, kan. Nasib baiklah duit muka ada orang sponsor, syukurrrr.

Eh, tajuk tadi pasal bateri.. Kwang Kwang kwanggggg.

Jadi, seperti yang Sk ceritakan semalam, Sk menghantar kereta untuk diservis. Hantar servis, cuci bersih-bersih supaya jelita sokmo macam tuannya lah.. hahaha. Kira servis 100 persen cintaku gitu. Masa servis tu, Sk diberitahu bateri kereta tu hayatnya dah tak lama, tapi masih boleh pakai lagi. Kami tanya, berapa lama? Staf tu kata bergantung pada penggunaan. Eh, cakap pasal guna, hari-hari pun guna kereta, kan. Lagilah nak ambil Iman ke Ipoh nanti, bukan dekat-dekat. Tapi, dia kata.. boleh lagi… tapi…. macam yakin tak yakin aje jawapannya, adeh!

Teringat kawan Sk (pakai bezza juga) macam tu jugaklah ayat dia dapat, sudahnya kereta dia stop kat lampu traffic bila lampu bertukar hijau, huhuhu.

Jadi, keputusan mandatori Pak Inche, perlu tukar!


Menurut kawan pejabat Pak Inche, ada kedai bateri yang murah di Taman Tasek dekat dengan Restoran Mena'te. Masa kami lalu sebelum buat pusingan U tak nampak pun kedainya lalu Pak Inche mengajak ke Taman Sentosa tapi Sk nekad untuk cari di Taman Tasek juga, makin ke bandar ada karang makin lambat baliknya, haaaaaaaa.. jumpa pun kedainya.


Setelah berbincang-bincang harga, maka… keluarkan bateri lama...


Jenama Panasonic.. terima kasih atas khidmat awak, I love u, muahhhh!


Gantikan bateri baru jenama Yokohama
Made in Japang.. ada warranty satu tahun, semoga awak berkhidmat dengan baik kepada saya, Amiiinnnn.


Mekanik tu kata, banyak kucing dalam kereta. Terkejut Sk, rupa-rupanya kakak yang kemaskan kereta semalam siap pindahkan kepala kucing ni ke depan padahal Sk letak belakang seat. Elok pulak dia letak macam tu, sebelum ni Sk letak betul-betul dekat bahagian kepala seat tu patutlah tak selesa, hahaha.


Bateri smart tag ni pun kena tukar jugak.. Perlu ke?? Iyerrr, dah berapa kali lalu kat plaza tol dia bunyi tet tet tet tet tet tet 10x… malu weiii kalau palang depan tu tak naik, hahahahaha.



Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah tukar ke belum bateri smart tag? Hahaha naya aje kene reverse bila bunyi tet tet tet tet haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. lupa nak cerita, semalam jugak beli bateri dan dah tukar pagi tadi, hehe

      Delete
  2. SA pun guna bezza, amik kaler biru sebab mak berkenan, beli tahun 2017, down payment abah bayarkan RM20K, ni tinggal balance nak bayar lagi RM19K++ je..baru jer servis dan bayr roadtax serta insuran utk tahun ni..komitmen memang murah RM400 sebulan..cuma SA x guna kat KL..bagi mak abah guna...senang diorang nak kemana- mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti brp tahun lagi jer nak hbis byr tu. kita pun mula nak amek biru tapi disebabkan dah ada member ambil biru dan jumpa byk sgt bezza biru, kita pilih sugar brown, Nampak lain sikit, hehe

      Delete
  3. Bateri ni memang ada jangka hayatnya
    Sampai masanya kena tukarlah

    ReplyDelete
  4. kita pun baru lepas tukar bateri..Dia macam tau² je owner dia baru keluarkan duit dekat bank, terus mogok taknak hidup..Nasib baik ler sekarang ni online je..tak payah nak onto bagai pi kedai bateri...

    ReplyDelete
  5. weii perlu la tukar bila dah sampai masanya...kang ada tak berjalan kereta...hahahaha

    ReplyDelete
  6. saya pun baru je tukar battery awal tahun hari tu . Dari sel basah tukar sel kering terus . Tak payah sibuk-sibuk kena cek air battery dah . Tak tukar memang tak hidup la kereta tu bila dah sampai waktunya .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!