MAKAN DI WARTEG, IPOH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI WARTEG, IPOH

Assalamualaikum... 

SEMINGGU sudah Sk meninggalkan rumah yang tercinta.  Tak dapat dibayangkan rupa rumah tu sekarang dengan dua ekor samseng berbulu yang ditinggalkan.  Bukan tak mahu menghantarnya ke hotel kucing tapi memikirkan betapa nanti mereka akan kemurungan duduk di dalam sangkar maka batalkan sahaja niat itu. Hajat nak menghantar mereka tinggal di kampung pun tak sampai hati. Tiga tahun memelihara mereka ibarat keluarga sendiri. 

Cerita pasal tajuk pula,  Warteg ini merupakan sebuah restoran atau cafe yang terletak di Ipoh. Kami ternampak restoran ini ketika balik makan malam di Nasi Ayam Hainan Ipoh lepas tu terus plan esok malam nak dinner di warteg pula,  hahaha.  Pasal makan memang nombor satu kan! 




Sk mencari-cari menu yang istimewa di sini dan Sk dapati ianya seperti sebuah restoran berkonsepkan negara jiran,  Indonesia.  Nasi Uduk,  Nasi Liwet,  Gurame dan Java cukup jelas bahawa ia sebuah restoran dengan selera masakan jawa. Sk pernah sekali makan Nasi Uduk semasa ke Medan jadi rasa macam nak mencuba Nasi Liwet pula kemudian baru perasaan ia cuma disediakan pada hari minggu sahaja sedangkan Sk datang pada hari rabu.  Tak ada rezeki nampaknya. 


Hati tertarik dengan seleksi Javanese Set yang menawarkan makanan laut ala Shell-Out.  Pilihannya dari ketam, ikan, lobster sehinggalah ke King Crab.  Orang tua kata,  tepuk dada tanya selera, ehem! 


Abaikan bayang jari di sudut foto Lamb Chop ini.. hahaha.  Dari kamera handphone Pak Inche yang buntu memilih menu.  Seorang yang tak berani mencuba menu di luar kebiasaan,  suka berfikir di dalam kotak sahaja,  hahaha. Sos Lamb Chop yang sedap dengan wedges yang empuk dan rangup.  Tapi bagi Sk,  Lamb Chop di mana-mana pun ada malah boleh dimasak sendiri di rumah. 


Iman yang asalnya telah memesan Mozarella Beef Burger akhirnya sudi menolong bonda yang nak sangat mencuba Javanese Set,  hahaha.  Setiap set javanese ni datang bersama dua mangkuk nasi dan dua gelas minuman.  Sk memilih Java Crab.  Ada seekor ketam bersama makanan laut lain seperti udang dan mussel serta lala.  Juga campuran sayur kacang panjang dan terung serta potongan tauhu dan tempe yang dimasak sambal,  sedappp, Alhamdulillah. 


Sebelum makan minta Pak Inche snap gambar bonda dan Iman.  Aiii.. Ada telefon baru takkan guna untuk tengok email dan whatsapp aje kannn..  Hahaha. Haaa..  Cantikpun Pak Inche amek gambar.. ke...  orang dalam gambar tu yang cantik???  Hahhaha. 


Mozarella Beef Burger Iman yang akhirnya ditapau.  Yang kelakarnya Iman sebelum tu dah tapau Warteg Olio Pasta,  katanya nak makan lepas meeting malam tu.  Haaa..  Hamekkk..  Makanlah dengan kawan-kawan ya anak. 


Kalau anda ke sini,  jangan lupa tau order Puding Sago Biru ni.  Setiap kali suap ke mulut terasa-rasa macam ada di dunia smurf pulak,  hihi.   Kalau anda nak ke sini boleh tengok alamat pada gambar atas sekali tu ya.  Sk memang rekomen anda untuk singgah ke warteg ni jika ke Ipoh kerana kelainan yang ditonjolkan di sini.  Jangan lupa tau,  Warteg Ipoh! 




6 comments:

  1. nyummm sedapnya semua menu makanan. rambang mata dibuatnya ^_^

    ReplyDelete
  2. ItuKasino - Agen Judi Bola - Slot - Judi Poker - IDNLive - Sicbo - Baccarat - LiveCasino

    Minimal Deposit & Withdraw Rp. 25.000,- / Rp.50.000,-

    - Bonus Cashback Sportsbook 5% setiap Senin
    - Bonus Rollingan Live Casino 1% setiap Senin
    - Bonus Rollingan IDN Live 1% Setiap Senin
    - Bonus Cashback Slot Games 5% Setiap Senin
    - Bonus Referral 1-5% setiap selasa
    - Bonus Cashback Poker 0.3% setiap Kamis

    Kontak Kami :
    WhatsApp : +85593790515

    Pusat Bantuan ituKasino :
    • https://linktr.ee/itukasino

    Link Alternatif ituKasino :
    • http://bit.ly/tricksjoker

    Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    • Telkomsel , XL axiata
    • Ovo , Gopay

    Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen Judi Bola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live Casino Terpercaya, Agen Judi Poker, Judi Poker, Agen Poker Online, Agen Judi Domino, Agen Domino Online, Agen Bandar Domino, Agen Bandar QQ, Agen Bandar Poker, Agen Bandar Ceme,

    #agenonline, #agenjudionline, #judionline, #agentaruhanjudionline, #situstaruhanjudi, #sportsbook, #casino, #pokeronline, #agenbola, #agentaruhanbola, #agentaruhanonline, #agenjuditerpercaya, #agenjudibola, #agenpoker, #bursataruhan, #taruhanbola, #taruhanonline, #taruhanjudibola,

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Nyummmm sedapnya...tp sian kucing yg ditinggalka tue

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih