JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN SYOKNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...

SIAPA yang tidak suka kan kalau dapat jalan-jalan dan enjoy hari-hari. Orang kata, macam hari-hari hari raya, itu kalau aku kayalah. Ada orang, tak kisah pun tak ada duit asalkan dapat berjalan-jalan tapi bagi Sk apalah erti jalan-jalan kalau tak ada duit sebab kita jalan-jalan bukan setakat tengok-tengok aje, ada juga hati nak berbelanja. Jadi, tak bolehlah nak jalan-jalan selalu sebab kena apa???
Yaaaa.. kena kerja, hahahaha. Apa nak buat, kan. Sepatah kata bos Sk, kalau cakap pasal kerja, vavi kat hutan pun bekerja. Hurmmm.. bos, vavi kat hutan tu tak ada kereta dan rumah nak kena bayar bosssss, huhu.

Kisah jalan-jalan dan makan-makan ni berlaku masa cuti sempena Krismas yang lepas. Eh, sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan cuti krismas yang sehari tu tapi minggu tu Iman cuti semester dan Cikwa pun balik juga bercuti seminggu. Gedebak gedebuk, gedebak gedebuk, hari Jumaat sehari sebelum balik semula ke Ipoh tu la baru dapat nak berjimba-jimba sebab hari lainnya tu Sk kena kerja. Cuti tahun dah habis dah masa tu dan kerja pun bertimbun-timbun. Sampai la pun sebenarnya kerja tak surut-surut, tulunnnnnnnnnnnnnnnn!


Balik sarapan, kami singgah ke rumah baru Cik Embun di kawasan berdekatan. Alhamdulillah, keseluruhan rumah dah siap tinggal nak turap jalan bertar dan pemasangan bekalan air dan elektrik jer tu rasanya. Semoga dipermudahkan semuanya nanti, insyaAllah. Lepas tu Sk dan ibu ke Pasaraya Cowboy beli barang untuk keperluan projek Iman. Kemudian balik rumah jap hantar dan keringkan baju di dobi sebelum keluar semula ke Toppen.

Berlima jer ke sini, yang lain dah balik rumah. Hurmmm.. tengoklah macam-macam perangai Che Airyen Zulaikha bila diajak bergambar. Dah jalan-jalan, laparlah pulak. Macam tak lengkaplah pulak berjalan kalas tak singgah makan-makan, kan.

Hari tu nampak Suzie makan di Kafe Kiri Kanan ni. Sebelum ni, Sk pernah makan di cawangannya di Batu Pahat jadi nak cubalah di sini pulak, kita tengok menyentuh hati ke tak, hahaha.


Terkejut budak ni tengok air banyak sangat. Bila disuruh pilih, dipilihnya air Kakak Iman yang warna merah, hahaha. Sorry Zulaikha, awak punya bonda dah pilihkan air milo. Sk minta milo panas tapi yang datang Milo Ais. Terus keluarkan semua aisnya barulah boleh bagi budak ni boleh minum. 

Makanan dah sampai, yeyyyyyyyyyyy!
Boleh tahan menyentuh hatilah masing-masing, hahaha. Zulaikha pulak siap kongsi makan nasi ayam dengan bonda. Eh eh, kita ingat awak tak nak nasi, banyak pulak makan tu sampai perut jadi besar, menakutkan sungguh la.. hahaha.. lepas makan balik dan nak ke Paradigm pulak, dia boleh tidur dalam kereta, sampai Paradigm boleh pulak uk uk.. kelakarlah awak ni Zulaikha, hahahaha.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita kalau jalan kena ada duti Kak, kadang takde duit jalan gak tapi balik nanti mulalah meroyan, sebab dah nampak barang tapi tak dapat beli huwaaaaa...so elok jalan bila ada duit, puashati...

    ReplyDelete
  2. menariklah nama kafe ni..nanti ke Toppen bolehlah singgah..

    ReplyDelete
  3. jalan kalau xde duit x best kak.. walaupun bukan niat nak bershopping sangat pun, tp at least ada duit lebih takde la risau.. lagi2 kalau nak rasa makanan tempat org kan... kang balik teringat2 pulak.. haha

    ReplyDelete
  4. makan2 ramai pasti meriah. senda gurau best ja ^_^

    ReplyDelete
  5. Makan ramai- ramai memang la best kan...seronok la zulaikha orang melayan dia je ye...

    ReplyDelete
  6. Hehe seronoknya dapat luangkan masa dgn family. Betul tu, jalan kena ada ongkosnya sbb huda pun jenis yg terbeli gak kekadang walaupun hanya 1 hehe.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap lak nasi goreng tu...semalam gi toppen, lupa pulak nak cari kafe ni

    ReplyDelete
  8. activity jjcm ni memang sokmo seronok. jarang lew tak sronok.
    hehe lagi sronok kalo dengan geng.. meriah =D

    ReplyDelete
  9. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  10. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!