MAKAN DI ADAM KITCHEN DENGAN KENGKAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assaalamualaikum...

DI SANA sini kelihatan ramai yang mengucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2020. Kenapa ek masing-masin semangat lain macam sambut tahun 2020 ni. SK pun sama ni, ahahaha.

Hari ni Sk nak bawa anda ke Adam Kitchen yang baru dibuka di TD Point, Taman Daya. Baru Sk tahu, Taman Daya dah ada pusat perniagaan baru yang best. Ada restoran, kopitiam, kedai serbaneka, watsons dan juga kedai dobi. Memang lengkaplah kemudahan yang disediakan termasuklah tandas awam. 

Ini kali kedua Sk ke Adam Kitchen. Kali pertama dulu, Pak Inche lah yang mengajaknya beriya-iya. Jadi, bila Sk post gambar di ig dan fb, kawan-kawan pulak beriya meminta Sk membawa mereka ke sini. Jadi, jom kita bahagiakan kawan-kawan dengan makanan!

Roti bakar dan telur separuh masak serta secangkir kopi adalah gabungan wajib setiap kali ke kopitiam. Jangan lupa, jika ada ruang kosong, kita pesan sepiring Chee Cheong Fun.
Chee Cheong Fun di sini sedap juga, tak masin sangat sosnya tapi ada pulak sambal tumis, hehe.

Iman ikut Sk ke pejabat masa ni. Pilihannya, semangkuk Mee Kolok Daging. Tiada sambal disediakan tapi tetap sedap kata Iman.

Walau dah pesan roti bakar dan telur separuh masak, hati nak jugak makan Mee Siam. Masa datang kali pertama dulu tak dapat makan. Walau Nampak bodoh jer mee siamnya tapi sedap juga.

Mee Kari pilihan kawan-kawan.
Kuahnya pekat dan sedap, bahan sampingannya juga banyak, penuh semangkuk sampai tak habis dibuatnya.


Bagi peminat dim sum, bolehlah ajak kawan-kawan atau sedara mara singgah makan.

No 1 Blok F
Pusat Perniagaan Taman Daya,
Jalan Nibong 48
Taman Daya, Johor Bahru

Waktu perniagaan : Rabu - Isnin
9.00 pagi hingga 10.00 malam

Tutup : Selasa
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah selamat tahun baru. menarik nya semua makanan, terliuq ^_^

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaa...takde plak Adam Kitchen ni kat KL kot....dapnyaaaa..nampak mee kolok tu...

    ReplyDelete
  3. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete
  4. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  6. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!