SEMUA KEMBONG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SEMUA KEMBONG

Assalamualaikum...

TADI pagi, ternampak post tentang ikan ni lalu di dinding mukabuku.
Lepas tu terus, ohhhh.. hahahaha sebab selama ni Sk pun keliru dengan rupa ikan kembung ni. 
Kalau setakat nak bezakan rupa ikan kembung dengan tenggiri, cencaru dan caru masih okey lagi, tapi kalau salah satu dari jenis ikan dalam gambar di atas ni berada depan mata Sk sekarang, memang semua pun Sk panggil kembung, hahahaha.

Nak jadi cerita pulak, bila balik ke Kuala Ketil, Sk biasa dengar diorang sebut ikan ni ikan mabong yang pada masa tu Sk faham adalah ikan mabong merupakan panggilan ikan kembung bagi orang Kedah. Nanti, jumpa pulak ikan termenung, eh, macam sama jugak rupanya. Termenunglah duduk depan pasar tak kenal jenis-jenis ikan, hahaha.

Tapi, ikan pelaling tu memang Sk jarang-jaranglah dengo dan jumpa. Katanya, pelaling ni kecik sikit. Hurmm, rasanya kalau terjumpa pelaling ni Sk masih tau yang ia bukan kembung, hahaha. Yang pasti, ikan-ikan ni semua, goreng pon sodappppp! Masak asam pedas lagi sedap tau! Isk.. kecur ailio.. Johoreanlah katakana...

Beza ikan kembung dan mabong ialah pada isi ikan mabong yang dikatakan lebih tebal dan berisi dari ikan kembung. Tubuh ikan pelaling pula lebih kecil, selebar dua jari dengan ikan kembung dan mabong. Dah sudah, jangan kau ingat tu anak kembung pulak, hahaha. Okey, lain kali kalau jumpa dah tak ragu-ragu lagi dah pelaling, kembung atau mabong, hihi.

8 comments:

  1. adeh, saya pun sama. semua ikan temenung (sila baca : ikan kembung). hahahahahaa :P

    ReplyDelete
  2. haha...kalau saya upgrade sikit.ikan selar kuning.kihkihkih

    ReplyDelete
  3. ikan favourite sejak zaman kanak2 lagi..ike kembung.

    ReplyDelete
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete
  5. biasa sebut kembung dengan mabong..tak pun, temenong..hahahahahha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih