UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN KACANG BUNCIS - Alam Sari Di Tanah Jauhar

UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN KACANG BUNCIS

Assalamualaikum...

MALAM tadi, YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin mengumumkan 'Perintah Kawalan Pergerakan' kepada seluruh rakyat Malaysia mulai esok, 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Berita yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia apabila sejenis virus yang dinamakan Covid-19 melanda dunia dan dikategorikan sebagai pandemik atau maksudnya wabak yang menyerang pada skala besar yang melangkaui sempadan daerah dan negara.

Menakutkan sungguh. Sk sungguh menjadi paranoid dengan situasi sekarang. Paling merisaukan apabila anak-anak di seluruh institusi pengajian awam dan swasta termasuk dari institusi kemahiran diarahkan pulang. Bagaimana, tentulah dengan menaiki pengangkutan awam dan mendedahkan mereka dengan virus yang tidak nampak dengan mata kasar. Apapun samalah kita berdoa semoga semuanya baik-baik belaka dan keadaan akan terkawal. Sk sendiri sehari dua lagi akan bertolak semula ke Ipoh mengambil Iman pulang. Ni, suruh dia berkemas-kemas dulu, Pak Inche punya kerja bukannya sikit-sikit nak ditinggal tambahan beliau sedang sibuk dengan iklan-iklan sempena Hari  Keputeraan Sultan Johor 23 Mac akan datang.

Berbalik cerita masak memasak yang Sk ceritakan dalam entri semalam, hari ini Sk nak kongsikan resipi salah satu masakan yang Sk sediakan iaitu Udang Masak Lemak Cili Api dengan Kacang Buncis. Benda ni terjadi spontan, pergi pasar, nampak udang lalu terfikir untuk dibakar sahaja untuk jamuan hari jadi ibu tapi dalam perjalanan balik tu sambal memandu boleh terbayang sedapnya kalau di masak lemak cili api lepas tu nak tiru Kak Azie Kitchen, letak kacang buncis, hahaha.

Jadi, sampai rumah terus singgah kedai beli serai, halia, kunyit hidup dan kacang buncis. Cili api memang banyak kat rumah, jadi sampai jer rumah, teruslah mengerjakan telur ikan mayong dulu, sementara rebus telur kita sediakan bahan memasak udang. Sk gunakan cili api yang kecik-kecik halus tu, yang dibeli dari pasar Parit Jawa, haaa, lama dah beli tapi masih elok sebab simpan dalam peti ais (frozen).

Resipi Udang Masak Lemak Cili Api dengan Kacang Buncis

1 kilo udang saiz sederhana atau besar
1 batang serai diketuk
1" halia, hiris kasar
1 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari 
Segenggam cili api kampung
1 kotak kecil santan 
Air secukupnya
12 batang kacang buncis, potong serong
1/2 sb Serbuk Cukup Rasa Maggi
garam jika perlu (Sk tak letak)

Cara-cara :
1. Bersihkan udang, belah belakang dan buang urat hitam dan tahinya jika ada, masukkan ke dalam periuk.
2. Tumbuk halus kunyit hidup bersama cili api, masukkan dalam periuk.
3. Campur santan dengan air secukupnya, jangan terlalu cair dan tuangkan dalam periuk.
4. Masukkan serai dan halia, buka api, kacau sentiasa sehingga mendidih, guna api sederhana.
5. Bila dah mendidih, masukkan kacang buncis dan serbuk cukup rasa, kacau lagi sehingga kacang masak. Tutup api.

11 comments:

  1. Ooo okay okay, baru bukak sini resepinya hahahaha...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit ni. aamiin

    rindunya parit jawa :D

    ReplyDelete
  3. http://museumtoto.com/ JUDI ONLINE TERPERCAYA DAN TERBAIK

    Segera mainkan permainan menarik hanya dengan 1 user id saja bersama Museum Toto
    disini kalian bisa mendapatkan banyak bonus menarik setiap harinya
    Selain itu kalian juga bisa melakukan transaksi deposit pulsa dan ovo.
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami sekarang!!

    Contact Kami :
    Whatsapp : 0822-6793-2581
    SMS : 0822-6793-2581

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok udang tu..SA kalau masak udang oun memang letak kacang buncis

    ReplyDelete
  5. besar betul udang tu, memanggil-manggil kita membawa pinggan..malangnya mesti da habis licin..hahahaha

    ReplyDelete
  6. great receipe, thanks sis, done follow ur blog:)

    ReplyDelete
  7. yang jauh dari keluarga tu memang tak senang duduk hati parents.
    insyallah semoga Allah lindung kita semua sentiasa..

    ReplyDelete

  8. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih