EXPLORACE - KOSONGKAN KAMSIS - Alam Sari Di Tanah Jauhar

EXPLORACE - KOSONGKAN KAMSIS

Assalamualaikum...

APABILA Perdana Menteri mengumumkan 'Perintah Kawalan Pergerakan - Pemulihan' dan kebenaran merentas negeri, ramai yang mula menggelupur untuk pulang ke kampung halaman masing-masing termasuklah Pak Inche. Dia.. tak apalah, sepanjang tempoh PKP memang hadir bertugas macam biasa. Tapi, Sk ni haaaaaaa.. dua bulan lebih duduk rumah, baru naik bertugas takkanlah nak bercuti, kan. Tambahan kerja tengah banyak jadi, Sk cakap dengan Pak Inche kita balik minggu satu lagi, bagi Sk siapakan kerja-kerja pejabat dulu.

Tup-tup, pada 9 Jun tu, pihak politeknik keluarkan arahan mengosongkan kamsis dan pelajar diminta memilih tarikh untuk datang bagi mematuhi SOP. Sk fikir, balik dari kampung nanti bolehlah singgah ambil barang Iman tapi Pak Inche kata, nanti dengan barang dia lagi, barang kita balik kampung lagi, haha, selalu pun dah sempit, lalu kami pun minta Iman pilih 13hb (Sabtu). Sekali... dah penuh kooo.. sekejapan berebut semua nak ambil hari sabtu, cuba pilih 12hb (Jumaat), nasib ada slot lagi dan kami pilih slot 11 am. Setiap pelajar pulak cuma diberi masa 30 minit, explorace betul ni, hahahaha.


Dalam perjalanan, kami singgah rawat dan rehat di Hentian Jejantas Sungai Buloh.
Beli dua set Snack Plates dan satu cheesy wedges.


Penjarakan sosial di meja makan.


Duduk di depan yang telah ditampal sticker sahaja. Sk ambil giliran memandu dari rumah sampai Seremban. Pak Inche sambung drive sampai Ipoh. Sambil-sambil tu kami cari-cari hotel untuk bermalam tapi kebanyakan hotel yang biasa kami singgah tidak beroperasi atau beroperasi dalam keadaan minima iaitu hanya membuka bilik dengan dua katil sahaja dan harganya boleh tahan laaa... siapa kata hotel bagi diskaun mur murrr.. tak ada pun okey. 

Nasib baiklah dapat stay di I-Garden dan kami adalah satu-satunya tetamu yang menginap di situ.
Iman macam biasa, ada telinga halussssssssss... katanya dengar suara mengekek dan pintu bilik air terbuka tapi tengok bonda ngan babah tidur jer, hahaha.

Boleh baca kisah kami menginap di I-Garden DI SINI


Esok pagi, macam biasalah, sarapan di New Hollywood Canning Garden.



Sebeso tidak boot Bezza tu boleh tak muat barang Iman, apa sajalah yang diangkutnya.


Kawan Sk bagitahu, anaknya lelaki bawa dua beg aje balik.
Iman kata, memanglah, budak laki, makan maggi pun dalam baldi. Nak minum tadah mulut kat coway, huhu.


Putera Katak pun dibawa. 


Nak pengsan katanya turun naik tangga. Iman kata, dia kaut aje baju kat almari dengan hanger sekali lipat dua masuk beg, haha. Semua main kaut, nasib Sk bawa dua beg shopping yang besar tu. Siap semuanya satu jam 10 minit, hahaha.


Dari Poli, terus balik JB, lepas tu ajak Pak Inche singgah Madam King's.
Tengok-tengok aje, nak beli pinggan besi sekeping tapi tak jadi sebab beratur nak bayar kemahen panjang.. hahaha.

4 comments:

  1. Kita esok baru nak pegi
    Abam kakak sekaligus
    Rindu nk lalu kpilah hihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah juga Amat dah selesai amik, walaupun duduk sewa luar tapi masuk dalam Poli gak sebab gitar dana lat muzik dia masih ada dalam tu..selamat dahs emua bawa balik...

    ReplyDelete
  3. Bilalah agaknya mereka dapat sambung pengajian

    ReplyDelete
  4. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih