MAKAN DI MUKMIN IKAN BAKAR, ALAI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI MUKMIN IKAN BAKAR, ALAI

Assalamualaikum...


Dari Nilai, kami masuk balik ke lebuhraya. Pak Inche asyik tanya nak makan di mana? Kalau tanya dengan Sk, makan di R&R pun dah okey. Tak kisahlah sama ada nak makan di medan selera ataupun restoran makanan segera. Tapi, dah faham sangat dah, Pak Inche sebenarnya memancing ajak makan sesuatu yang istimewa. Disebabkan dah lama tak makan Nasi Lemak dan Ikan Bakar di Melaka, jadi semua sepakat untuk keluar plaza tol Ayer Keroh. Memandangkan bila Sk call Ikan Bakar Anjung Batu (yang selalu kami pergi tu) katanya tutup pada hari tersebut,Sk membuat carian Ikan Bakar di waze dan terjumpa Ikan Bakar Malim, haaa.. jomlah kita ubah selera.

Sekali sampai di lokasi, sunyi dan sepi. Tutup jugaklah rupanya. Masih banyak lagi kedai makan yang tutup semasa PKPP ni rupanya. Jadi, kalau ada antara pembaca yang merancang perjalanan jauh dan punya penumpang yang jenis tak tahan lapar, silalah bawa banyak bekalan makanan. Macam kami ni, okey aje menahan lapar, hahahaha. Lalu Sk mengajak Pak Inche makan Ikan Bakar di Alai. Dah beberapa kali juga kami makan di Alai ni, di sana banyak pilihan kedai kan, jadi, ada harapan la nak makan di sana.


Semasa berjalan ke kawasan kedai makan, kami dipelawa oleh beberapa anak muda untuk singgah di kedai mereka. Sk tengok papan tanda, Mukmin Ikan Bakar. Kelihatan bersih dengan meja yang beralas saprah berwarna coklat. Jadi, Sk ajak Pak Inche menerai makan di situ. Kesianlah pulak, mereka dah pelawa, kan. Kedai lain masih jarak beberapa meter lagi, Mukmin ni solo dekat kawasan parkir berhampiran bangunan surau dan tandas. Haaa, dalam gambar tu masa dah balik, kami sampai awal pukul 7, masih terang benderang lagi. 


Sk dan Pak Inche terus memilih seekor siakap, empat ekor sotong dan enam ekor udang. 
Kami minta siakap, udang dan dua ekor sotong dibakar kosong sahaja. Dua ekor sotong lagi kami minta buat goreng tepung. Lepas tu, Sk pergi cuci tangan, sampai di meja tengok Pak Inche baik punya balun nasi lemak bungkus. Ini macam, mana boleh jadi, lalu Sk pun join sekaki, hahaha.
Suapan yang pertama, speechless!


Sedap sangat nasi lemaknya tu. Kalau biasanya nasi lemak sambal di atas, tapi di Melaka ni nasi lemak sambal di bawah beralas daun pisang. Alamak, kenapa sambil taip boleh telan-telan ailio, haha. Serius sedap sangat walaupun cuma nasi lemak dengan sambal tumis kosong. Setiap bakul tu ada lima bungkus nasi lemak. Kami tiga orang makan dua bakul, adeh!


Iman ni penyabar. Dia sejenis yang tak reti makan lauk tanpa nasi. Jadi, dia tunggu lauk sampai baru buka bungkusan nasi lemak. Masa ni Pak Inche dah makan dua bungkus, hihi.
Mula-mula lauk goreng-goreng sampai, Sotong Goreng Tepung dan Kangkung Goreng Belacan.
Memmmmmmang tidak mengecewakan. Tanpa menunggu hidangan bakar, kami terus makan tak toleh kiri kanan, hahaha. Tetiba sahaja, pinggan kangkung dan sotong dah kosong, kui kui. Maklumlah, tadi kami cuma makan di New Hollywood tu jer. Pak Inche pulak dah pekena Laksa di Bidor, Sk dan Iman cuma jamah jer sebab masa tu masih kenyang lagi nak makan laksa.


Tak lama kemudian, hidangan bakar pun sampai. Itu dia, Udang Bakar, cukup dua ekor sorang, tak mahu tamak-tamak (sebenarnya nak jimat, hahaha). Supaya tidak mengerekot semasa dibakar, udang dicucuk dengan lidi. Sos cicah tu, air asam yang dikisar halus, sedap. 


Siakap Bakar. Ikan dibelah dua sebelum dibakar supaya cepat masak dan senang dimakan.
Sedap sangat cicah dengan air asam tu. Oh, ya, boleh juga nak cicah kicap. Macam air asam tu jugak, cili telah dikisar halus bersama kicap, ada hirisan bawang juga, Iman kata sedap, Sk lupa nak terai.


Sotong kalau dibakar memang secoet jer la dalam pinggan, kecuali kalau kita ambil berekor-ekor, haha. Yang suka sotong bakar ni Pak Inche aje, Sk lagi suka Sotong Goreng Tepung.
Yang buat rasa sotong ni istimewanya tentulah bila dicicah dengan air asamnya.

Jadi, jika anda merancang untuk makan nasi lemak dan ikan bakar di Melaka tapi keliru nak makan di mana, Sk cadangkan untuk anda ke Mukmin Ikan Bakar di Crystal Bay, Alai. Dia ada buka cawangan lain jugak di Melaka, lupa pulak dekat mana, pandai-pandailah ya anda cari, hahaha.

.. Alhamdulillahhh.

11 comments:

  1. Aduhai lazatnya entri ni hehe

    stay safe

    done follow 821

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak pekena ikan bakar..nampak sedap tu

    ReplyDelete
  3. Alaaaa..macam menarik jer ni....rasa macam nak travel Melaka la...tunggu 2 bulan lagi...

    ReplyDelete
  4. geram pulak baca pasal nasi lemak tu, macam sedap sangat aje sampai dua bakul habis! tak boleh jadi ni!

    ReplyDelete
  5. Berselera makan macam ni tak pandang kiri kanan laa

    ReplyDelete
  6. Perghhh ikan bakar Tu yg buat cucur air tengok SK🤤🤤

    Mmg boleh bertambah mkn ni..

    ReplyDelete
  7. Banyak tempat ikan bakar best2 kat Melaka ni
    Cuma kadang2 tak terlayan harganya.

    ReplyDelete
  8. kita suka makan kat crystal bay tu..sedap..Tapi kita pilih kedai yang paling hujung..Harga pun tak mahal kan?

    ReplyDelete
  9. Perghh aje gile 2 bakul habis hahahahaha...
    Kak tengok sotong tu, kita geram nau di potong gitu, tu kalau nampak laki kita, bebels ebulan lee dia hahahahaha...

    ReplyDelete
  10. perghhh
    menggoda betul tengok gambar makanan
    sedapnya

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih