MAKAN-MAKAN DI HARIJADI SK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. Selamatlah sudah 13 Mei lepas, Sk mencecah usia 45 tahun. Bila diingatkan balik zaman sekolah dulu (baca remaja), tak pernah terfikir pun akan melangkaui usia ini. Bukan tu sahaja, tidak pernah dibayangkan kehidupan yang akan dilalui pada usia 45 tahun sekarang dalam keadaan yang begitu berat (badan), hahaha. Bayangkan masa usia 18 - 19 tahun dulu, dengan badan ramping, gagah berjalan kaki dari berkilometer tapi sekarang nak jalan dari depan ke dapur pun dah macam angsa. Sepupu Sk tanya, macam mana jalan macam angsa? Jap...


Nampak tak, angsa berjalan dengan susah payahnya.. hahaha. Pertambahan berat badan mendadak selepas PKP, padahal sebelum PKP tu elok dah diet dari permulaan 2020. Patutnya bila dah duduk rumah lagi senang nak disiplin rupanya ke laut. Kerjanya makan tido dan fikir apa nak makan, hahahaha. Nangislah di atas timbang, timbang pun ngeri tengok kita agaknya.


Bila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan, dan kerajaan sudah membenarkan untuk keluar berempat (mengikut kapasiti kenderaan), maka dapatlah kami tiga beranak makan-makan di restoran. Memandangkan masa tu bulan puasa, jadi kami berbuka dahulu sebelum ke Senibong Bay Resort pada malamnya. Pak Inche sejak awal lagi dah membuat tempahan, dia pun rindulah tu nak makan kat sana. Macam biasa, menu pilihan Sk, Siakap Stim Nyonya yang seakan-akan gulai lada hidup dengan hirisan bendi yang banyak, Sk memang suka bendi, heheh.


Brocoli dengan Scallops. Bunga kubis hijau yang banyak khasiat ini memang sesuai sekali dimasak bersama scallops. Ada juga hirisan cendawan butang disirami sos tiram yang agak ringan. Brocoli juga sayur kesukaan Sk.


Udang Goreng Mentega. Yang ni udang dah siap kopek atau udang frozen. Tak umph la makan udang dah siap kopek ni, dah hilang manisnya.


Ayam Boxing. Kepak ayam yang disiat isinya menampilkan rupa seakan penumbuk, digoreng tepung yang nipis serta disalut dengan sos masam manis seakan citarasa Korea.


Sotong Telur Masin. Yang ini tak pernah tak sedap. Jika di Senibong Bay ni, sos telur masin tu tersalut cantik pada tepung.


Baby Kailan Sos Tiram ni memang wajib ada atas meja setiap kali makan di mana-mana kedai tomyum atau restoran makanan laut.


Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki malam tu. Cuma sekarang rasa harga makanan di sini dah semakin mahal tapi potion makanan makin sikit pulak. Pasal PKP ke? Hurmm.. nampaknya kena fikir panjang dulu kalau nak makan ke sini lagi, hahaha. Dahlah pelanggan tak ramai sejak Singaporean tak dibenarkan masuk Malaysia, nak jual mahal pulak, memang orang makin tak datang lah, kan. 

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak sedap-sedap semua.... sanah helwah SK =D

    ReplyDelete
  2. kesian ayam tu, tengah berboxing, kena goreng...ahahahahahhha!!!

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah SK...

    Perintah kawalan pergerakkan je SK ..
    Makan tak Ada kawalan.. itu Naik berat badan dgn jayanya 🤭😁

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa...apapun..Happy Belated Birthday SK...sedap makan- makan macam ni...

    ReplyDelete

  5. ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!