PKP FASA 2 YANG TELAH BERLALU TAPI TETAP NAK CERITA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PKP FASA 2 YANG TELAH BERLALU TAPI TETAP NAK CERITA

Assalamualaikum...

Sambungan dari SURIRUMAH 19 HARI

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 1 April hingga 14 April 2020, secara jujurnya walaupun masih takut tapi gembira juga sebab tak perlu pergi kerja. Dalam masa yang sama bimbang juga kalau tiba-tiba diberhentikan kerja atau paling teruk tidak dibayar gaji. Tapi Pak Inche kata, tak boleh, mesti kena bayar gaji sebab ini darurat, bukan suka-suka atau sengaja kita tak pergi kerja, lega rasa. Dalam tempoh PKP ni jugak, Pak Inche masih bertugas seperti biasa, jadi.. lepas dia pergi kerja, Sk akan layan movie di astro sampai tertido. Bila terjaga jer, lapar, jenguk dapur, masak yang simple dan makan. Itulah kerjanya setiap hari sepanjang PKP Fasa 2 tu. Memang tak keluar rumah langsung, kalau ada nak beli apa-apa, bagitahu jer dengan Pak Inche, nanti balik dia singgahlah kedai tolong belikan.



1 April.. Masa ni, rindu giler nak makanan Kedai Tomyum jadi Sk masak Siakap Stim Limau dan Kangkung Goreng Belacan untuk makan malam. Tup-tup Pak Inche balik bawa Tomyum Seafood dan Sotong Pedas dari kedai Tomyum. Dia punya nikmat tu, wallawehhhh...

2 April... tak tahu kenapa hari tu takde ambil gambar makanan, hahaha.
Ni Momot dan Memey yang dah tinggal kenangan.

3 April.. Masak kari ikan, baby kalian dan sambal belacan. Masa PKP Fasa 2 ni, hari Jumaat Pak Inche kerja separuh hari.

Pasal siang dah makan nasi, malam tu Pak Inche kata nak makan Chicken Chop Hailam macam kedai chicken chop yang femes di Rembau, Negeri Sembilan tu.

Makan malam 4 April, Sk buat steamboat ala-ala Oden jer sebab siang tu rasanya makan lauk kari ikan semalamnya.

5 April.. goreng macaroni untuk sarapan


Malamnya, goreng kuih kasturi frozen, makan sambal tengok tv laaa.
Tak tahu kenapa tak de gambar lauk, agaknya lauk biasa-biasalah tu, kari.. kari.. kari, hahaha.

6 April... habis wallpaper dikoyakrabak budak bertuah ni, yang peliknya Sk tak marah pun, huwa huwa huwa…

7 April.. Dah berapa hari jadi surirumah teringat ikan bilis sekilo tak bersiang dalam peti sejuk, hahaha.

Order kuih akok untuk minum petang.

8 April.. Masak Sotong Sambal guna sos thai ni tapi macam tak berapa jadi, tak pandai nak adjust rempah.

Iman request Siakap Goreng Cicah Air Asam

Petang tu buat Pisang Tanduk Goreng sebab banyak sangat pisang tanduk Angah bagi.

Ada Mango Lassi lagi.. apa ke rajin beno ni????

9 April .. Iman request Butter Chicken.. layannnnnnnnnn.

10 April.. Mabuk buah melon sepanjang PKP Fasa Dua ni.

11 April.. Masak Daging Bakar Cicah Air Asam. Ni Pak Inche balik tengahari kan.

Malam tu makan Tosei, lupa pulak Pak Inche beli kat mana.

12 April.. Repeat Nasi Ayam Hainan... hahaha

13 April.. Pak Inche nak sarapan dan lunch Nasi Lemak, Sk masak Sambal Udang sebab teringin nak makan Nasi Lemak dengan Sambal Udang.

Petang tu kami order ABC 

dan burger jer untuk makan malam

14 April.. order kuih muih pulak untuk minum petang, tapi dah 6.30 baru sampai.

Japanese Cream Puff.. lepas makan ni, berkali-kali asyik order creampuff ni.
Jangan pelik la hari ni pipi ni dah macam cream puff, hahahaha.

Bersambung...











8 comments:

  1. macam sedap je kak creampuff yang last tu...ade number seller tak? hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Perghhh sekali jalan amekkawww dia masuk hahahaha...baik-baik kang ada gambo tak senonoh plak..
    Haaa Mak Inche, kenapa macaroni tu Mak Inche rendam dalam air dalam botol? ...

    ReplyDelete
  3. Memang sedap..terutama sekali nasi lemak sambal udang tu

    ReplyDelete
  4. tengok menu ni macam kat kedai pulak la kak seri..Sedap-sedap semua...

    ReplyDelete
  5. uiiiittt.. rajinnya masak.hahaha...aura PKP ni.

    ReplyDelete
  6. Chicken chop hailam tu nampak sedap... japanese cream puff tu pun macam best jeee...

    ReplyDelete

  7. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih