PKP FASA TIGA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PKP FASA TIGA

Assalamualaikum...

KADANG-KADANG sungguh terasa rindu dengan Fasa PKP yang dilalui dua bulan lalu.
Pagi-pagi.. sebaik Pak Inche ke pejabat, Sk terus landing di hadapan tv menonton filem Inggeris atau Korea. Genre yang selalu menjadi pilihan ialah action, thriller dan horror. Siang-siang kan, tak takutlah tengok cerita seram. Iman pulak akan ambil giliran menonton waktu tengahari hingga petang sebab waktu ni biasanya Sk dah sedap jadi starfish, hahaha.


Walaupun banyak masa lapang, namun Sk betul-betul cuma membesarkan badan. Kalau cerita best, memang layanlah. Kalau agak membosankan, lama-lama tv yang tengok Sk, hahaha. Biasanya masuk filem yang ketiga Sk dah mula mengantuk, kalau cerita tu best, Sk tekan record jer, itupun sampai hari ni tak tengok memenuhkan jam pada decorder astro aje. Jadi, bila dah masuk PKP Fasa Tiga ni, barulah ada mood nak mengemas rumah, maklumlah, lagi 10 hari nak puasa, kan.. hahaha.
Masa nak mengemas ni terjumpalah frame-frame deco yang dibeli di Kedai ECO. Asal berkenan beli tapi balik rumah simpan, bila keluarkan berbelas-belas frame yang ada. Asalnya, Sk memang beli untuk gantung di ruangan kosong atas tingkap dapur tapi sebab tinggi sangat nak memanjat, tu yang tergendala.


Entah macam mana timbul idea nak gantung kat dinding yang menempatkan kabinet gantung ni. Sebelum ni Sk lekatkan sticker pada mozek yang polos tu. Jadi, Sk cabut semua sticker tu untuk gantung frame.


Nampak kosong dan lapang. Sk memang tak suka benda yang kelihatan kosong, kepala ni berpusing aje nak buat sesuatu.


Tadaaaaaaaaaaaaaa... Alahai... cutenyaaaaaaaaaa.. baru syiok mata memandang.

Benda yang cute mute ni memang SK gemor sangatlah walaupun nampak macam kebudak-budakkan dan tak sesuai dengan usia yang dah mak-mak ni, hahaha.


Salah satu sudut di dapur yang Sk deco beberapa tahun lepas. Sudut ngopi katanya, 
Wallpaper tu tahan betul, dah berapa tahun masih nampak macam baru, mungkin sebab dalam rumah, kurang kena cahaya matahari.


17 April.. Bersemangat Sk menyiapkan bahan-bahan untuk memasak, pagi-pagi gunting lada, kopek bawang, blend semua siap masuk bekas, halia pulak banyak jadi Sk hiris siap-siap dan frozenkan. Nanti senanglah nak masak, main campak aje tak perlu nak siapkan banyak bahan.


Tapi, punyalah rajin siapkan bahan, kari bila pulak yang dipanaskan.
 Sk menjala pulak dua cawan tepung untuk minum petang dicicah dengan kuah kari kelmarin punya kelmarin, hahaha.


Tengah malam buta boleh pulak layan maggi mee cepat dimasak sedap dimakan.
Memang pakai rebus jer, takde tumis-tumis. Makan maggi macam ni sekali sekala terasa nikmatnya tau.


18 April.. Kami order seafood online. Ketam, udang, sotong, ikan semuanya segar, Alhamdulillah, syukur sebab bila tengok kat fb ramai jugak yang dapat dah tak fresh lagi. Mungkin seharian ke sana ke sini ke sana ke sini mengikut delivery.


19 April.. order Nasi Kerabu dari Warung Serambi Teratai.
Sedap, tapi tak boleh lawan Kak Yah Kampung Pasir laaa.


Order kuih akok jugak, ini betul-betul sedappppp.


Beli roti canai makan dengan Kari Tulang.


Kari tulang seperiuk. Kari.. kari.. kari.. sampai berbulu satu badan makan kari, kahhhhhh.


Entah mengulang untuk kali ke berapa, selagi tak habisssssss.
Sk pulak bukan reti masak sikit, dah cuba masak sikit pun, berulang jugak nanti.
Yang ni makan dengan nasi minyak.


22 April.. order lontong, kononnya supaya tak teringat-ingat masa puasa nanti, hehehehe.
Esoknya tu pun order lontong lagi tapi dengan orang lain pulak.


23 April.. Beli kurma dan buah tin online. Syukur sempat sampai sebelum puasa esoknya.


1 Puasa... satu-satunya lauk yang ada atas meja adalah Ayam Percik.
Sayu betul wajah Pak Inche masa berbuka tu, hahaha.
Haaa.. yang nampak kat tepi dalam tipuware pink tu onde-onde. jadilah tu, satu lauk, satu kuih, hahaha.


Berangan nak buat taufufah, soh Pak Inche beli agar-agar tali dibelinya yang kaler hijau, huhu.



2 Puasa... Baru nampak muka ada senyummm.
Sk masak Ketam Lemak Cili Padi dan Sambal Taukua.
Rasanya ayam tu Pak Inche goreng, haha, lepas tu beli ketupat palas online.


Sk panaskan rendang frozen (bila ntah) untuk makan dengan ketupat palas.


4 Puasa.. Penuh perut tiga beranak. Ingatkan puasa ada harapan nak kurus ke?
Tapi, sepanjang permulaan puasa ni kami sahur roti, telur dan susu jer tau, semua takde mood nak makan nasi.


Buat Taufufah Pandan.. sedapppp.


6 Puasa.. dan bermulalah PKP Fasa Empat pada 29 April 2020.

Ucap tahniah pada diri sendiri sebab berjaya menaikkan berat badan berkati-kati
huwa huwa huwaaaaaaaaaaaaa

4 comments:

  1. gambar makanan sedap2 je ni SK. terliur tau. pengalaman PKP yang menjadi kenangan.

    ReplyDelete
  2. Perghhh meriah weii menu semuanyaa...patut laaa ...
    Kak, yg gantung belakang dapo tu, kalau masak akak bior je ke? Kang terpercik? angkat lap ek..

    ReplyDelete
  3. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih